2 Ekor Katak Dikahwinkan Untuk Turunkan Hujan

2 Ekor Katak Dikahwinkan Untuk Turunkan Hujan

Dengar seperti pelik tapi inilah yang berlaku di India. Pada bulan julai yang lalu, 2 ekor katak  telah dikahwinkan dalam satu upacara untuk menurunkan hujan. Mengikut kepercayaan penduduk di Udupi india, perkahwinan itu akan dipersembahkan kepada DEWA ( SEMBAHAN MASYARAKAT INDIA )  HUJAN untuk menurunkan hujan.

Walau bagaimanapun, selepas perkahwinan dua ekor katak itu berjaya dilangsungkan. Rumah tangga pasangan katak tersebut hanya bertahan selama dua bulan sahaja kerana terpaksa dipisahkan gara-gara hujan yang turun ke kawasan tersebut, turun dengan sangat lebat.

Majlis perkahwinan tersebut telah diuruskan oleh Nagarika Samithi dan Pancharatna Seva Trust pada Julai lalu, namun pada hari ini Om Shiv Seva Shakti Mandal do Bhopal telah menceraikan pasangan tersebut apabila hujan yang dipohon itu melangkaui jangkaan mereka. Satu-satunya cara untuk menyelamatkan penduduk di kawasan Madhya Pradesh yang terjejas teruk adalah dengan memisahkan pasangan pengantin katak tersebut, dan disebabkan itulah pasangan itu diceraikan.

Perkahwinan yang hanya bertahan selama dua bulan itu akhirnya sampai ke penghujungnya. Sesetengah penduduk di India percaya bahawa perkahwinan katak dapat menenangkan dewa hujan. Difahamkan, pasangan katak tersebut turut diaturkan untuk berbulan madu. Selain daripada itu, kad jemputan perkahwinan katak tersebut turut diedarkan bagi mengundang tetamu untuk datang meraikan majlis tersebut.

Sumber: news18

4