2 Kejadian Kucing Tak Sampai 1/2 jam 😭.

2 Kejadian Kucing Tak Sampai 1/2 jam 😭.

Kes pertama : masa magrhib tadi,tangkap anak-anak kucing nak masuk kan dalam sangkar lepastu cuci bekas makanan dorang yang kotor.

Tetiba macam terdengar suara anak kucing, tapi sayu-sayu sahaja hati ini berkata mungkin anak kucing sendiri. Tapi hati masih tak sedap danterpandang dekat bangsal belakang rumah ada ada 1 lembaga hitam.kecik je bentuk nya. Saya yang tak puas hati pergi ke bangsal semakin hampir semakin jelas. ye benar anak kucing umur anggaran 1 @ 2 bulan. Ambil dia terus bagi makan tak tahu lah sama ada sesat atau ada orang buang dekat rumah ni.

Kes ke dua : setelah siap bagi kucing kes pertama makan hantar mak ke surau. Sampai ke surau ada budak cakap kak ada anak kucing dekat tayar kereta dekat tong sampah besar. Hati berharap tak nak jumpa bukan sebab kejam tapi tak mampu.

Anak-anak dekat rumah dah ada 28 ekor.makanan pon tak cukup.nak jual hp pon masih belum laku.tapi hati yang kasih akan kucing ni kan mana sampai hati.sambil jalan sambil cari.ha ! Betul ada budak nya umur anggaran 1 bulan gitu. Warna yang sama hitam tak tau lah mereka adik beradik ke ape.tapi badan mereka berbeza. 1 besar 1 kecil.

Saya betul2-betul tak mampu.kadang nak menangis kenapa lah aku di temu kan dengan mereka.kesian mereka bertemu tuan yang susah macam aku ni.aku risau takut2 nasib kau tidak terbela. 😭😭😭😭😭

1