4 Sebab Anda Tak Boleh Tidur Bersama Kucing

4 Sebab Anda Tak Boleh Tidur Bersama Kucing

Kalau dah minat kucing, hampir dengan semua benda nak dikaitkan dengan si comel itu. Begitu juga dengan penulis yang amat menyukai kucing. Ia comel, keletah yang melucukan dan kadangkala buat kita jadi obses dengan kecantikan warna bulu, mata dan semualah!

Mesti ada yang sangat obses dengan kucing sampai dibuat tidur, gantikan dengan bantal busuk atau anak patung. Memang seronok dapat tidur dengan haiwan kesayangan namun harus berwaspada dengan ancaman kesihatan. Ya tahu, kucing antara haiwan yang dikira sebagai pembersih tapi apa pun diingatkan

#1 Waktu tidur tak sama

Kucing memang kuat tidur! Mereka mampu tidur selama 15 jam tapi waktu tidur kucing tidak sama dengan manusia. Bayangkan anda tidur satu bilik bersama kucing dan kemudian ia akan bangun sekitar 2 atau 3 pagi memang boleh terjaga dibuatnya. Kucing sangat aktif sekitar masa itu dan ia masih menjadi tanda tanya pakar.

#2 Jangkitan bakteria

Sekiranya anda atau pasangan anda menghidapi alergik atau asma, membiarkan kucing tidur bersama di atas katil sangat merbahaya. Hal ini disebabkan bulu-bulu kucing yang mudah melekat pada cadar dan bantal.

Mengikut kajian, hampir 30% manusia mempunyai alergik terhadap binatang.

3. Kotoran Pada Pasir atau Najis Kucing

Apabila kucing anda membuang najis pada pasir yang disediakan untuk mereka, sedikit sebanyak pasir tersebut akan melekat pada celah-celah jari si comel. Apabila mereka tidur atas katil anda, pasir ini akan mengotorkan pula katil anda.

Apabila anda dapati kucing anda baru sahaja membuang najis, elakkan mereka daripada ke tempat tidur anda. Lagi elok, pastikan kucing anda telah membersihkan (jilat) punggung mereka dahulu sebelum membenarkan mereka ke katil anda. Selain itu, untuk mengurankan pasir bertaburan sekitar tandas si kucing, boleh letakkan alas pada sekitar tandas kucing anda.

4. Jangkitan Bakteria dan Kuman
Kucing juga berisiko menjadi agen pembawa bakteria dan kuman lebih-lebih lagi sekiranya kucing anda sering keluar rumah. Tidur dengan kucing anda akan memudahkan jangkitan bakteria dan kuman tersebut kepada anda.

Sekiranya anda ingin membenarkan mereka tidur bersama anda, pastikan kucing telah dibersihkan dengan memandikannya dan pastikan kucing anda telah divaksin.

Sumber: ILUMINASI

3