5 Mei Hari Melihat Anak Bulan Ramadhan

5 Mei Hari Melihat Anak Bulan Ramadhan

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) — Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan​​​​​​ permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia adalah pada Ahad, 5 Mei bersamaan 29 Syaaban 1440 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi.

Ia merangkumi:

Pontian Kecil, Johor,  Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka, Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan, Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor, Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor, Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak, Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang, Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah

​​​​​​Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah​​​​​​​, Menara Alor Setar, Kedah,  Bukit Besar, Kuala Terengganu; Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu

​​​​​ Pulau Perhentian, Besut, Terengganu​​​​​​​, Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu​​​​​​​, Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan

Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan ​​​​​​​18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu, Kelantan ​​​​​​​19. Esplanade Luak, Miri, Sarawak 20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak 21. Tanjung Batu, Kuching, Sarawak 22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah

​​​​​​​23. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang ​​​​​​​24. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang ​​​​​​​25. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang ​​​​​​​26. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan ​​​​​​​27. Menara Kuala Lumpur 28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya​​​​​​​29. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan​​​​​​​ puasa melalui radio dan televisyen,” menurut kenyataan itu.- BERNAMA

10