5 Tempat Terindah Dalam Dunia Yang Anda Harus Pergi

5 Tempat Terindah Dalam Dunia Yang Anda Harus Pergi

Pada awal perabadan manusia, tempoh masa yang sangat panjang untuk diperlukan ke sesuatu destinasi yang ingin dituju. Namun kini, jarak yang jauh hanya mengambil masa beberapa jam sahaja.

Walaupun begitu, masih terdapa banyak lokasi di dunia ini yang masih belum diterokai oleh manusia atau masih belum terkenal oleh para pelancong terutamanya disebabkan sukar untuk ke lokasi dan dugaan cuaca yang ekstrem.

Tempat-tempat di bawah ini boleh dikatakan sebagai tempat yang paling rare untuk dikunjungi oleh pelancong tapi pastinya akan diselit dalam itineri pelancongan anda. Jadi jom kita lupakan sejenak tentang tempat-tempat yang menarik seperti Eiffel Tower, Basikal Terbang Bandung.

Mari kita lihat beberapa tempat yang pelik dan unik untuk dikunjungi.

Crooked Forest, West Pomerinia, Poland

Pelbagai jenis pokok yang bengkok anda boleh lihat di sini. Ianya berhampiran dengan bandar Gryfino di Western Poland. Pemandangan pokok-pokok ini kelihatan pelik kerana struktur yang agak condong. Hutan ini mempunyai kira-kira 400 pokok pain dengan 90 darjah dari akar. Ada yang berpendapat ianya berlaku akibat tarikan graviti pada kawasan itu.

Forest of Knives, Madagascar

Hutan batu kapur ini sangat nyata, anda mungkin fikir ia datangnya dari filem sahaja. Gabungan batu dan pokok secara semulajadi terhasilnya hutan puncak batu yang bergerigi dan daun yang kering.

Red Sea Beach, China

Salah satu tempat yang menarik jika anda berkunjung di China. Pastinya akan lebih hebat apabila tiba pada bulan September kerana tanah akan bertukar menjadi warna merah. Tempat ini menarik kerana lebih dari 200 spesies burung hijrah dari Australia ke Asia. Para pelancong nikmati keindahan ini disebuah jambatan kayu yang dibina khas di atas air.

Homebush Bay, Australia

Terletak di tengah-tengah teluk bernama SS Ayrfield, ia digunakan pada perang dunia pertama suatu ketika dahulu. Sebuah syarikat minyak membelinya pada tahun 1950-an dan memutuskan untuk parkir kapal tersebut di tengah teluk itu sehingga lah alam semula jadi mengambil alih sama maksud terbengkalai. Kini ia menjadi sebuah pulau buatan manusia untuk kunjungan pelancong dan dipenuhi dengan tumbuhan liar dalam dan luar kapal tersebut.

Psychedelic Salt Mines In Yekaterinburg, Russia

Jangan tertipu apabila memasuki lombong garam ini. Anda tidak semestinya terbabit dalam melihat sesuatu dalam bentuk yang berbeza. Pola-pola psikohedelik yang mengasyikkan di dinding itu pasti akan membuatkan anda fikiran membingungkan bagaimana ia pernah terbentuk.

Gua-gua ini dengan corak adalah semulajadi. Kecantikan semulajadi ini disebabkan oleh karnitit, yang dikenali sebagai mineral yang mencipta swirl berwarna-warni. Masa untuk membuat rumah yang terbuat dari batu dan campurkan dengan karnitit!

Menara Terbalik Quinta de Regaleira, Portugal

Terletak di estet di Sintra, Portugal. Tanpa keraguan dengan keindahan di luar dan dalamnya tempat misteri ini seolah-olah hidup. Pastinya ada yang tertanya sama ini benar atau rekaan. Jawapannya jika anda pernah pergi pasti ada jawapannya.

Sumber: SIAKAP KELI

3