8 Bintang Bola Sepak Yang Karier Mereka Musnah Akibat Dadah

8 Bintang Bola Sepak Yang Karier Mereka Musnah Akibat Dadah

Bola sepak merupakan sukan paling popular di dunia kerana ia diminati seluruh peringat usia. Para pemain pula perlu menjalani rutin harian yang sangat padat dan perlu mengambil makanan nutrisi bagi memastikan tubuh badan mereka kekal cergas.

Namun siapa sangka ada juga diantara mereka yang tidak terlepas daripada penyalahgunaan dadah. Berikut adalah 8 bintang bola sepak yang pernah terlibat dengan bahan terlarang itu.

#1. Adrian Mutu.

Pemain asal Romania ini didapati positif dadah pada September 2004 dan digantung perlawanan selama tujuh bulan. Namun Mutu sekali lagi ditangkap kerana kesalahan yang sama pada tahun 2010.

#2. Jaap Stam.

Karier beliau menyerlah bersama Manchester United, Lazio dan AC Milan. Namun ketika bersama Lazio, Stam didapati positif mengambil dadah, anabolic steroid nandrolone. Pemain asal Belanda ini akhirnya digantung perlawanan selama lima bulan.

#3. Paul Gascoigne.

Merupakan salah satu pemain lagenda Inggeris. Namun kehidupannya di luar lapangan hijau ternyata tidak terkecuali daripada terlibat dengan alkohol dan dadah. Gascoigne akhirnya memilih untuk bersara di usia 34 tahun.

#4. Mark Bosnich.

Nama Mark Bosnich telah menyinar di era 1993-1999. Beliau yang sempat bermain untuk Manchester United dan Aston Villa, kemudian berpindah ke Chelsea pada tahun 2001-2002. Bosnich digantung perlawanan selama sembilan bulan kerana menggunakan dadah semasa kariernya.

#5. Edgar Davids.

Pemain yang terkenal dengan imej berkaca mata ini turut terlibat dengan penyalahgunaan dadah apabila didapati menggunakan anabolic steroid nandrolone pada tahun 2001 ketika beraksi bersama Juventus.

#6. Adriano.

Bekas penyerang antarabangsa Brazil ini telah didakwa atas kesalahan mengedar dadah Vila Cruzeiro, tempat di mana dia membesar. Tetapi hakim berkenaan ketika mengumumkan keputusan itu berkata tiada bukti yang sahih untuk mendakwa Adriano.

#7. Diego Maradona.

Salah satu lagenda bola sepak dunia yang membawa Argentina sebagai Juara Dunia 1986. Tapi sayangnya beliau didapati positif dadah kokain pada tahun 1991. Akhirnya Maradona dijatuhi hukuman larangan bermain selama 15 bulan.

#8. Kurniawan Dwi Yulianto.

Salah satu penyerang terbaik yang pernah dimiliki oleh pasukan kebangsaan Indonesia. Namun ketika kariernya sedang memuncak, beliau juga tidak terlepas dengan tuduhan mengambil dadah. Beliau juga dituduh mengambil barang terlarang itu pada Sukan SEA 1997 setelah hasil ujian air kencing mengandungi amphetamine.

2