Abang Bomba Berjaya Menyelamatkan Kura-Kura

Abang Bomba Berjaya Menyelamatkan Kura-Kura

Pegawai bomba tidak sekadar bertungkus-lumus memadamkan kebakaran malah anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu turut berusaha untuk menyelamatkan haiwan yang terperangkap.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Bahru, Nazaruddin Yusof berkata, pihaknya telah menyelamatkan kura-kura, kucing, burung dan haiwan lain yang terperangkap ketika memadamkan kebakaran belukar di Jalan Lambak, Taman Johor, Johor Bahru.

“Kami melihat satu objek hitam bergerak dengan pantas cuba menyelamatkan diri daripada kebak aran. Rupa-rupanya kami mendapati seekor kura-kura sedang merangkak keluar dari kawasan belukar terbakar. Haiwan itu cuba menyelamatkan diri sebelum diselamatkan oleh anggota bomba

“Anggota bomba membawa kura-kura seberat 4 kilogram itu ke jentera sebelum dibawa pulang ke BBP Larkin sebaik operasi memadamkan kebakaran tamat,” katanya. Menurutnya, kura-kura itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor untuk tindakan lanjut.

JBPM berkata, selain kura-kura, pihaknya turut menyelamatkan haiwan lain ketika memadamkan ap i. Katanya, ia termasuk kucing, anjing, burung dan haiwan peliharaan lain. Menurutnya, walaupun terpaksa bertindak pantas, pihaknya tetap menyelamatkan haiwan bagi mengelak ia menjadi mangsa kebak aran.

7