Abang Bomba Menyelamatkan Lembu Seberat 300 Kilogram

Abang Bomba Menyelamatkan Lembu Seberat 300 Kilogram

Sekumpulan anggota  bomba menyelamatkan lembu jantan yang jatuh terperangkap dalam parit berlumpur di Parit Enam, Kampung Sungai Labu, Sekinchan semalam.

Haiwan seberat 300 kilogram itu dikatakan terlah terjatuh ke dalam parit sedalam satu meter pada pukul 12 tengah hari. Difahamkan, lembu terbabit telah terperangkap selama enam jam sebelum disedari oleh pemiliknya.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan Mohd Syafarin Jais berkata, sepasukan 10 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan 6.41 petang.

“Setibanya anggota bomba di lokasi berkenaan, haiwan itu didapati masih tersekat di dalam parit dan berada dalam keadaan yang lemah. Anggota bomba bertindak menggunakan paip bomba menarik keluar lembu itu dalam masa 10 minit,” katanya.

Menurutnya, pemilik lembu sebelum itu cuba menyelamatkan haiwan ternakannya secara sendirian namun menemui jalan buntu dan gagal untuk mengeluarkan lembunya dan bertindak menghubungi bomba untuk tindakan lanjut.

Mohd Syafarin berkata, haiwan 300 kilogram itu tidak mengalami kecederaan dan diserahkan semula kepada pemiliknya.

Sumber: HARIAN METRO

2