Abang Bomba Panjat Bangunan Untuk Selamatkan Kucing Ini

Abang Bomba Panjat Bangunan Untuk Selamatkan Kucing Ini

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dihubungi bagi menyelamatkan seekor kucing betina yang tersangkut di balkoni Tingkat 10 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran di Kuala Terengganu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11 pagi sebelum enam anggota bergegas ke lokasi bagi menyelamatkan kucing Bengal.

Kucing itu dipercayai telah memanjat ke atas balkoni rumah dan telah berada di situ sejak daripada pagi. Pemilik kucing itu yang bernama, Mohd Sufian Busu, 34, memaklumkan kucing yang dipanggil ‘Kumo’ disedari hilang sejak pukul 10 pagi sebelum dia ternampak kucing itu tersangkut di atas balkoni rumah.

“Dia cuba menyelamatkan kucing yang berusia setahun itu tetapi gagal kerana tinggi dan tangan tidak mencapai kucing itu sebelum menghubungi pihak bomba untuk bantuan menyelamatkan kucing kesayangannya itu. Anggota bomba mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk membawa kucing itu turun sebelum ia diserahkan kepada pemiliknya,” katanya. Kucing itu berjaya diselamatkan dan tidak mengalami kecederaan.

41