Ahli Parlimen Anti Islam Dapat Hidayah Ketika Menulis Buku Anti Islam

Ahli Parlimen Anti Islam Dapat Hidayah Ketika Menulis Buku Anti Islam

BEKAS ahli parlimen nasionalis Belanda dan orang kanan ahli politik anti-Islam, Geert Wilders, memeluk Islam, lapor media hari ini.

Joram van Klaveren menjalankan kempen menentang Islam tanpa henti selama tujuh tahun di dewan rendah parlimen di Belanda sebagai pembuat dasar parti Wilders’ Freedom Party (PVV).

Ketika itu, “pelampau terbabit menuntut larangan burqa dan menara masjid. Beliau tidak mahu sebarang elemen Islam atau paling kurang elemen Islam yang sebolehnya di Belanda,” menurut akhbar tabloid Algemeen Dagblad (AD).

“Tindakan beliau memeluk Islam mengejutkan ramai kawan dan musuh,” menurut akhbar AD.

Bagaimanapun, Van Klaveren, 40, berkata, beliau berubah fikiran, ketika menulis buku anti-Islam.

Katanya kepada akhbar NRC, buku anti-Islam itu menjadi penyangkalan bantahan di kalangan golongan bukan Islam terhadap agama terbabit.

“Jika semua yang saya tulis setakat itu adalah benar dan saya mempercayainya, saya sebenarnya seorang Muslim,” katanya kepada NRC.

Van Klaveren memeluk Islam, 26 Oktober tahun lalu, kata NRC dalam artikel temubual sempena penerbitan buku beliau bertajuk ‘Murtad: Daripada Kristian kepada Islam ketika zaman Keganasan Sekular.’

Sumber: HARIAN METRO

1