Akhirnya Bedah Siasat Nora Anne Selesai

Akhirnya Bedah Siasat Nora Anne Selesai

Setelah ditunggu tunggu HASIL bedah siasat yang dijalankan terhadap Nora Anne Quoirin, mendapati punca kem4tian remaja berusia 15 tahun itu adalah disebabkan keb0coran us.us kerana tidak makan dalam tempoh masa yang panjang.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, remaja warga Ireland itu telah pun meninggal kan  dunia dalam tempoh dua ke tiga hari sebelum jenazahnya  ditemui pada pukul 1.57 tengah hari kelmarin.

“Hasil bedah siasat oleh pakar patologi yang memakan masa 10 jam semalam mendapati Nora Anne m4ti dalam masa dua ke tiga hari sebelum ditemui. Punca kem4tian adalah disebabkan keb0coran usus kerana tiada makanan dalam tempoh panjang dan stress (tekanan) yang berpanjangan,” katanya ketika sidang media di Seremban, hari ini.

Beliau berkata, tiada luka lain atau kesan jen4yah pada m4yat Nora Anne selain calar kecil pada kaki serta tiada kesan dir0g0l.

Kelmarin, m4yat remaja itu ditemui oleh pendaki yang menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang dimulakan, selepas menerima laporan kehilangannya pada 4 Ogos lalu. Proses bedah siasat m4yat Nora Anne dilakukan bermula 11.45 pagi semalam dan selesai 9.25 malam tadi. Bedah siasat dikendalikan Pakar Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Feng bersama Dr Hanif Mohammad dari HTJS selain dibantu pakar dari Jabatan Kimia.

Sumber: HARIAN METRO

4