Akhirnya Lelaki TEMB4K Monyet Telah Ditahan Oleh Polis

Akhirnya Lelaki TEMB4K Monyet Telah Ditahan Oleh Polis

DUA beranak ditahan di rumah di Taman Kenangan, Sitiawan, Perak, malam tadi berhubung kes t3mb4k monyet yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman Datuk Asmawati Ahmad berkata, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung membuat serbuan di rumah berkenaan 9 malam tadi.

“Dalam serbuan itu, kami menahan dua lelaki iaitu anak beranak selain merampas pistol yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan.

“Kedua-dua tangkapan terbabit dibawa ke IPD Manjung untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Terdahulu, Asmawati memaklumkan pihaknya menerima satu laporan berhubungan rakaman video yang tular di media sosial memaparkan tindakan kejam seorang lelaki tempatan menembak kepala monyet menggunakan pistol.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan. Sebelum ini, rakaman video berdurasi 20 saat itu tular di media sosial sejak dua hari lalu.

Rakaman berkenaan memaparkan tindakan lelaki meminta haiwan yang dikurung di dalam sangkar itu untuk menyebut perkataan ‘baby sayang’ sambil mengacu pistol.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan kemudian melepaskan satu das tembakan di kepala yang mengenai kepala haiwan berkenaan selepas kiraan tiga.

Sumber: HARIAN METRO

2