Aksi Kucing Berebut Minuman Dengan Tuannya

Aksi Kucing Berebut Minuman Dengan Tuannya

Kita semua tahu bahawa kucing kadang-kala boleh menjadi sangat meminta-minta. Pada dasarnya mereka pasti akan mendapat apa yang mereka mahu, pada bila-bila masa yang mereka mahu. Tetapi yang baiknya, mereka jarang menginginkan sesuatu yang bernilai. Syukurlah! Tetapi sebelum itu, jangan lupa menonton video yang comel ini!

Kebanyakan kucing hanya mahu bersendirian. Oh, mungkin sesekali perlu membelai mereka ketika mereka hendak bermanja dan mahukan perhatian daripada tuannya. Kerana rupa yang comel dan sangat mudah memelihara, kucing menjadi pilihan ramai orang untuk dipelihara di rumah.

Tetapi ini pula adalah video pelik yang menunjukkan kucing yang mahu apa yang manusia inginkan. Lelaki ini hanya cuba untuk minum kopi paginya. Namun, setiap kali dia cuba untuk menyuakan cawan ke mulutnya, kucingnya meletakkannya kembali cawannya ke atas meja supaya ia dapat minum.

Dari tingkah lakunya, sepertinya kucing ini cuba memberi amaran kepada tuannya agar tidak mengganggunya sehingga dia mendapat kopi paginya. Lucu sekali! Bijak sungguh kucing yang satu ini.

Namun, lelaki itu sangat bertoleransi kepada kucing yang ingin minum kopinya. Mungkin kerana pemiliknya suka menonton kucingnya meletakkan kepalanya di dalam cawan kopi dan minum sedikit kopinya. Mana tidaknya, ia terlalu comel!

Adakah anda mempunyai video di mana kucing anda berkelakuan aneh sebegini? Kongsi dengan kami!

Sumber: Era Baru

1