Aksi Kucing Berpelukan Menjadi Viral Di Media Sosial Kerana

Aksi Kucing Berpelukan Menjadi Viral Di Media Sosial Kerana

Seorang pengembara yang berasal dari California, Amerika Syarikat sangat sukakan kucing. Lelaki yang dikenali sebagai Orin tersebut mengatakan bahawa dia teringin membela sendiri kucing atau pun anjing namun oleh kerana dia sering mengembara ke luar negara, maka terdapat sedikit halangan.

Disebabkan itu, dia sering keluar ke jalanan untuk melihat dan berinteraksi dengan haiwan jalanan bagi mengisi kekosongan yang dirasainya. Lazimnya haiwan jalanan takut akan manusia namun dia terkejut apabila ke Turki dan mendapati bahawa kucing jalanan di sana sangat manja!

Orin percaya ia disebabkan oleh refleksi kebaikan yang telah menjadi amalan masyarakat Turki terhadap haiwan – menjaga, memberi makan dan membina rumah untuk haiwan-haiwan jalanan.

Mereka berpelukan!

Cuaca agak sejuk. Mereka mungkin berpelukan kerana mahu menghangatkan tubuh masing-masing

Atau mereka juga sama seperti manusia lain yang mahu menikmati pemandangan indah

“Pada satu hari, saya berjalan-jalan di Bosphorus Canal dan saya melihat sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan: 2 ekor kucing sedang memeluk sesama sendiri. Mereka ternyata tidak boleh dipisahkan. Saya tidak pernah melihat mana-mana kucing, terutamanya kucing jalanan yang liar melakukannya.”

“Saya dengan pantas merakamkan gambar tersebut. Saya terfikir adakah sesiapa akan mengatakan dan menuduh bahawa ia sebenarnya dilakonkan? Tidak mungkin ia hasil buatan manusia, ternyata ia sememangnya gaya tersendiri kucing-kucing berkenaan.”

Sumber: ERA BARU

2