Aku Malu Dengan Bangsa Aku Sendiri, Kenapa Buat Kucing Macam Ni

Aku Malu Dengan Bangsa Aku Sendiri, Kenapa Buat Kucing Macam Ni

Seorang pencinta kucing bernama Nur Syahzlin Azhar telah memuat naik gambar kucing di dalam group kelab pencinta kucing malaysia.

Assalamualaikum semua, kucing ni ada orang buang dekat kawasan di pejabat pos suspek yang melakukan perkara ini adalah bangsa melayu dan segalanya dah terakam dalam cctv

Kucing ni luka dan kaki dia dah penuh berulat sampai nmpak tulang, saya baru sedar tentang kehadiran kucing ni dan malam tu saya sempat bagi dia makan dan minum. Saya berniat pagi keesokan harinya saya nak bawak dia pergi ke klinik haiwan.

Tetapi apa kan daya apabila pagi itu saya bangun saya tengok dia dah mati, saya rasa sedih dan sangat kecewa dengan sikap manusia sekarang ni. Saya rasa kalau kaki dia dirawat dari awal lagi dia mesti tak kan jadi seteruk ini. Kenapa ada manusia yang sanggup buang dia?

Sedangkan kita sendri tahu dia memang dah tak berdaya nak cari makan sendiri. Manusia sangat kej am dan orang yang buang kucing tu saya kenal, patut ke saya pergi jumpa orang tu ikutkan hati saya, saya nak viralkan video cctv tu tapi saya tak nak aibkan orang kucing tu dah seteruk itu knapa orang tu buang dia mcm tu jee?

Tanpa ada letak air dan makanan untuk kucing itu makan, saya malu dengan bangsa saya sendri. Saya malu dengan saudara seislam saya sendri, sedangkan islam mengajar kita untuk kasihi haiwan  bukan menyeksanya. Semuanya dah berlaku mari sama-sama kita doakan agar si pembuang kucing ni diberi pengajaran agar dia sedar akan kesilapannya.

Sumber: FB KELAB PENCINTA KUCING MALAYSIA

2