Aku Minta Kucing Doa Supaya Aku Ada Anak Lepas Sebulan Aku Mengandung

Aku Minta Kucing Doa Supaya Aku Ada Anak Lepas Sebulan Aku Mengandung

Assalamualaikum semua..namaku Sara…kat sini aku nak share kisah yang aku alami sendiri…tentang rezeki anak..
Aku aku berkahwin pada awal tahun 2015…tapi aku bukanlah bunting pelamin…tapi alhamdulillah Allah bagi rezeki anak kat aku dan suami setelah 5 bulan berkahwin…aku tahu ada yang cakap ada yang lagi lama dari aku…tapi biasalah mulut orang tak boleh tutup..lagi-lagi makcik ala2 mami jarum…pantang betul tengok orang dah kawin sebok ler bertanya bila nak ada anak? dah ngandung ke? kawan yang lagi lambat kawin dah ngandung..aduhai…biarle makcik oii.. Allah lebih tahu…

Tak nafikan aku rasa sedih jugaklah sikit tentang mulut2 orang ni…tapi lama2 aku muhasabah diri…aku cari ilmu dan dekatkan diri pada Allah…aku tak tinggal solat Duha…suami pun kadang sebelum pergi kerja siap pesan solat Duha…dalam solat dan doa aku mintak sungguh pada Allah murahkan rezeki aku…terutamanya rezeki anak dan kesihatan..jangan lupa baca al-Quran…dan aku juga baca surah Maryam, Yusuf dan Luqman seperti yang ibu2 mengandung amalkan.

Di samping tu, aku jaga hati…jaga kesihatan …emosi…haa,mesti ada yang tertanya2 kenapa tajuk aku doa si kucing kan? macam ni kisahnya, masa sebelum aku ngandung, ntahla kebetulan aku adalah kalau keluar rumah jumpa si kucing ni..sebenarnya aku memang pun suka kat kucing…pastu aku setiap kali jumpa kucing aku belai dan aku cakap kat kucing minta doakan aku dan suami dikurniakan zuriat…lagi2 bila aku jumpa kucing betina yang bunting…aku usap perut dan kalau ada makanan, aku bagi kat kucing..pastu aku minta doa kat kucing yang aku nak sangat merasa nikmat mengandung dan ada zuriat macam dia…kadang aku sampai menitiskan air mata…si kucing ni pun macam bole paham…

Aku jumpa bukan seekor kucing je tau…tak kira mana2 pun kucing terutama yang bunting…pastu alhamdulillah beberapa bulan lepas tu aku disahkan mengandung…mengalir air mata dan bersyukur sangat…aku teringat juga kat kucing2 yang aku jumpa…mungkin juga berkat doa Si Kucing…kucingkan makhluk Allah juga…haiwan kesayangan nabi…aku ucap terima kasih kat kucing…walaupun dah xjumpa lagi dah kucing tu…aku doakan kucing dipelihara, makan cukup, jumpa tuan yang disayangi…yela, kalau aku nak bela sendiri memang susah bebab rumah bertingkek-tingkek tak ada tanah.

Kat sini aku suka nak bagitahu kat pembaca dan peringatan untuk diri sendiri supaya minta segala2nya kepada Allah…tapi kena ada usaha juga tau…apa-apa pun kembali kepada Allah…pastu dah ngandung tu tak payah nak menunjuk-nunjuk sangat…kalau nak share pun dengan orang yang terdekat dan famili sahaja..macam aku, ramai yang tak tahu aku mengandung tup2 dah bersalin…aku kalau orang tanya, aku senyum dan mohon doa yang baik2…

Sekian kisah aku.

Sumber: IIUM CONFESSION

1