Anak Aron Aziz Melukis Kejadian Yang Berlaku Di Masjid New Zealand

Anak Aron Aziz Melukis Kejadian Yang Berlaku Di Masjid New Zealand

PELAKON Aaron Aziz melahirkan rasa terkejut apabila anak bungsunya Dahlia Arissa, 9, mampu melukis kejadian yang berlaku masjid di Christchurch, New Zealand.

Aaron yang berumur 43, berkata, dia tidak menyangka kanak-kanak itu memahami apa yang terjadi pada dunia masa kini dan mampu melukis kejadian sedih itu pada usia yang masih kecil.

Mungkin kerana rasa sedih dan kecewa dia telah melukis apa yang terkandung di hatinya. “Assalamualaikum. Lihat apa yang Dahlia lukis. Saya tidak ingat sama ada mampu melukis sesuatu yang sedih pada usia seperti dia. Apa yang berlaku kepada dunia hari ini?” ujarnya di instagram pada isnin yang lalu.

Pada 15 Mac yang  lalu, dunia telah dikejutkan dengan insiden ser4ngan seorang lelaki bersenj4ta yang melepaskan tembakan di dalam sebuah masjid di tengah Christchurch, New Zealand.

Sehingga kini dilaporkan 50 mangsa telah m4ut dalam kejadian tersebut. Dalam pada itu, Aaron Aziz turut mendoakan mangsa kejadian diberi tempat tertinggi di syurga.

“Semoga saudara-saudara kita ditempatkan di tempat tertinggi di syurga dan Allah melindungi kita semua. Amin,” tulisnya.

2