Anak Gajah Ditemui Dalam Keadaan Terduduk Dan Terlipat

Anak Gajah Ditemui Dalam Keadaan Terduduk Dan Terlipat

Di Kotak Kinabalu Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah menyifatkan permergian gajah pygmy di Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan, Tawau, Khamis lalu, sebagai satu pembuunuuhan kjam apabila hasil bedah siasat mendapati kira-kira 70 pelru dalam badan haiwan itu. Pengarah JHL Sabah, Augustine Tuuga, berkata banyak pluru ditemui dalam badan gajah betina itu, sekali gus memberi bayangan keadaan gajah itu bertrung menahan keskitan akibat terkena tembkan senjta.

“Banyak pluru ada di badan gajah itu dan kita boleh bayangkan keadaan gajah waktu kena tmbk…dalam keadaan keskitan tetapi mungkin tidak m4ti dan mungkin sebab itu banyak tembkan dibuat (pemmburu h4ram),” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Bagaimanapun, Augustine tidak mahu mengulas lanjut perkara itu kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan yang masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemtian gajah, sekali gus mengumpul bukti kukuh untuk membolehkan pelaku dihadapkan ke mahkamah.

“Kami berharap akan dapat menangkap orang yang membnuh gajah itu dan menyerahkannya kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman,” katanya sambil menambah siasatan kes itu tidak mempunyai tempoh masa tetapi perlu dibuat dalam masa sebulan mengikut prosedur operasi standard jabatan.

Augustine berkata, jabatannya akan terus berusaha mendekati dan bekerjasama dengan masyarakat setempat bagi memastikan perkara sama tidak berulang selain meminta mereka membantu mencegah aktiviti pembruan haram serta menjadi saksi sekiranya mengetahui atau melihat ada pihak melakukan aktiviti itu.

Pada Khamis lalu, sekumpulan pemancing menemui bangkai gajah pygmy di Sungai Udin, Dumpas di Kalabakan, dekat Tawau, dan dipercayai mti antara tiga hingga empat hari. Gajah betina dianggarkan berusia antara 11 hingga 12 tahun dengan ketinggian 1.8 meter itu ditemui dalam keadaan terduduk berhampiran tebing sungai – BERNAMA

2