Anak Kucing Berlindung Di Bawah Longkang Daripada Terik Matahari

Anak Kucing Berlindung Di Bawah Longkang Daripada Terik Matahari

3 Ekor anak kucing ditemui dalam sebuah longkang berdekatan bangunan Jabatan Kimia Malaysia di petaling jaya. Kucing yang dianggarkan baru berumur 3 minggu itu ditemui sedang berehat di dalam sebuah longkang.

Tidak diketahui kemanakah ibu anak kucing itu berada namun yang pasti kucing itu adalah kucing terbiar yang mendiami longkang tersebut daripada panas matahari. Mereka ditemui seorang wanita di sebuah longkang pada waktu pagi.


Longkang itu pula berdekatan dengan laluan kereta dan kemungkinan untuk mereka digilis kereta itu amat tinggi. Staff yang mengambil gambar berkenaan terus memuat naik gambar anak kucing di dalam group whatsapp.

Anak kucing tersebut amat comel, namun berbahaya jika cuba melintas jalan kerana itu adalah laluan kereta. Mereka mungkin akan berpindah ketika hujan kerana longkang bakal dipenuhi air.

Anak kucing itu seperti menunggu sesuatu, mereka hanya melihat kelibat manusia daripada jauh dan tidak melarikan diri. Jika anda berada di tempat ini adakah anda akan mengambil mereka dan menjaga mereka?