Anak Kucing Ini Menjadi Sangat Comel Selepas Diselamatkan

Anak Kucing Ini Menjadi Sangat Comel Selepas Diselamatkan

Seorang lelaki menyelamatkan seekor anak kucing dari tempat perlindungan beberapa jam sebelum ia diberikan eutanasia. Anak kucing kecil yang kelihatan liar itu digambarkan sebagai “terlalu gaanas” tetapi dalam masa satu jam selepas diselamatkan, perangainya mula berubah.

Lima bulan yang lalu, seekor anak kucing berusia 9 minggu, Rudy, ditangkap di jalanan dan dibawa ke tempat perlindungan. Ia kelihatan sangat takut, menyorok di sudut sangkarnya. Anak kucing tersebut dikatakan “tidak dapat dipelihara” kerana “terlalu kasar” dan perlu diselamatkan sebelum terlambat.

Seorang sukarelawan, Sam Peterson, dari Friends for Life Rescue Network, sebuah kumpulan penyelamat di California Selatan, segera menyelamatkan kucing tersebut tepat pada waktunya.

Anak kucing itu ketakutan, berusaha untuk bersembunyi. Tubuhnya penuh dengan kutu dan kotoran. Ia sangat kurus sehingga setiap tulang rusuknya kelihatan. Namun, Rudy tidak pernah bersikap ganas apabila bersama Sam walaupun ia ketakutan.

Dalam masa sejam selepas ia dibawa keluar dari tempat perlindungan, ia perlahan-lahan bermanja dengan Sam. Sebaik sahaja ia membiarkan Sam mengusapnya, ia mula mengeluarkan bunyi ‘purr’.

Sam dan teman wanitanya, Kaitlyn Hemphill, menghilangkan banyak kutu daripada badan anak kucing tersebut itu.

Anak kucing comel itu, yang takut kepada semua orang di tempat perlindungan, mengikuti Sam pergi ke mana-mana di sekitar rumah.

Hampir setiap pagi Rudy akan naik ke atas katil untuk mengejut mereka daripada tidur. Anak kucing kecil yang dikatakan “terlalu liar”, telah berubah menjadi kucing yang sangat manja. Ia bahagia hidup bersama Sam dan Kaitlyn.

Sumber: ERA BARU

1