Anak Kucing Ini Tak Nak Melepaskan Lelaki Ini Setelah Diselamatkan Olehnya

Anak Kucing Ini Tak Nak Melepaskan Lelaki Ini Setelah Diselamatkan Olehnya

Seorang Pegawai Polis bernama Matt Froiseth dari Jabatan Polis Platteville, Wisconsin berada di sekitar Lebuhraya 151 apabila tiba-tiba dia terdengar bunyi tangisan anak kucing.

Dia memutuskan untuk menyiasat dan mengikuti arah datangnya bunyi itu yang akhirnya membawa dia ke sebatang longkang yang sudah tertimbus dengan salji kira-kira tiga kaki.

Walaupun pada ketika itu dia masih belum dapat melihat anak kucing yang meminta bantuan itu, namun Froiseth tahu bahawa dia semakin dekat dengannya kerana bunyi kucing itu yang semakin kuat dan lebih terdesak. “(Dia) melintasi parit dan mendapati anak kecil ini tertimbus dalam salji dan batu,” tulis Jabatan Polis Platteville di Facebook.

Ternyata, tangisan anak kucing yang sayu itu datang daripada seekor anak kucing hitam yang kecil dengan sepasang mata yang besar. Melihat sahaja anak kucing yang malang itu, Froiseth segera menyelamatkannya – mengalihkan salji dan batu-batu yang melitupi anak kucing itu. Sebaik sahaja dia berjaya mengeluarkan anak kucing itu, dia segera kembali ke kereta bersama pasukannya dan memastikan anak kucing itu kekal hangat.

Kucing itu sejuk tetapi sangat bersyukur kerana telah diselamatkan. Si comel itu berhenti berbunyi, memanjat ke badan penyelamatnya untuk mendapatkan pelukan yang sangat diperlukan dan tidak mahu meninggalkan penyelamatnya pada malam itu.

Froiseth membawa anak kucing itu kembali ke balai. Dia merancang untuk mencari rumah yang baik untuknya selepas diperiksa oleh doktor haiwan. Walau bagaimanapun, kucing kecil yang telah diletakkan dalam topi Froiseth itu kelihatan sudah sangat selesa. Melihat keadaan kucing itu, mereka memutuskan untuk menangguhkan rancangan mereka untuk membawanya ke klinik haiwan sehinggalah kucing itu bangun dari tidurnya.

Selepas berjaya mendapatkan rawatan daripada doktor haiwan, tibalah masanya untuk mencarikan rumah baharu untuk si comel itu. Tetapi, nampaknya, kucing itu sudah membuat keputusannya yang tersendiri. Si comel itu berkeras untuk sentiasa berada disamping manusia kegemarannya, Froiseth. Kucing itu memanjat belakang Froiseth, memanjat bahunya atau baring di lengannya. Kucing itu tidak akan tidur di tempat lain selain dengan penyelamatnya.

“Selepas berfikir, Pegawai Froiseth tidak boleh mengatakan ‘tidak’ dan telah menambah kucing itu dalam keluarganya. Si comel yang kecil ini telah menemui rumahnya selama-lamanya,” tulis Jabatan Polis Platteville memberi kemas kini kepada berita ini.

Froiseth menamakan kucing itu ‘Donut’. Beberapa hari kemudian, Donut telah berjaya menyesuaikan diri di rumah penyelamatnya dan akan tinggal di situ selama-lamanya. “Seperti mana-mana kanak-kanak baru, ada peningkatan dan penurunan tetapi Donut menjadi lebih selesa dengan keluarga barunya.”

Donut telah menjadi pasangan kucing kecil yang sempurna buat Froiseth, Donut akan mengikuti Froiseth kemana-mana sahaja dia pergi. Tidak ada yang membuat Donut lebih bahagia daripada berpelukan dengan sahabatnya.

Sumber: ERA BARU