Anak Kucing Menangis Kerana Kakinya Tersepit Dan Ter Pu tus

Anak Kucing Menangis Kerana Kakinya Tersepit Dan Ter Pu tus

3 Keping gambar anak kucing sedang menangis tersebar dalam internet, gambar itu diambil ketika anggota bomba sedang menyelamatkannya.

ANAK kucing mengalami kecederaan dan telah terpu tus kaki selepas terspit di bahagian enjin jentera pengangkat (forklift) di sebuah kilang di Taman Taming Jaya, Cheras hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tun Hussein Onn, Mohamad Akmal Mohamad Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.47 pagi tadi.

“Enam anggota bersama satu jentera dikejarkan ke lokasi. Sebaik tiba, kami dapati anak kucing itu tersepit di bahagian enjin jentera berkenaan.

“Kami menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan anak kucing terbabit dan memberikan rawatan awal kepada haiwan berkenaan.

“Akibat kejadian itu, anak kucing berkenaan kehilangan kaki,” katanya ketika dihubungi hari ini. Mohamad Akmal berkata, kejadian itu disedari pekerja kilang itu yang melihat kucing terbabit tersangkut pada bahagian enjin jentera terbabit.

“Pekerja itu menghubungi bomba untuk tindakan lanjut. Anak kucing itu diserahkan kepada pengurusan kilang berkenaan untuk diberikan rawatan,” katanya.

Sumber: HARIAN METRO

1