Anak Kucing Menangis Terjatuh Dalam Lubang Air Sedalam 2 Meter

Anak Kucing Menangis Terjatuh Dalam Lubang Air Sedalam 2 Meter

Seekor anak kucing berwarna putih hitam telah terjatuh dalam lubang sedalm lebih 2 meter di belakang office seorang wanita. Dia dan rakan sekerjanya yang terdengar bunyi anak kucing telah datang ke tempat bunyi itu dan terkejut mendapati anak kucing dalam lubang yang sangat dalam itu.

Dia dan rakan nya menjalankan Misi menyelamatkan anak kucing yang jatuh dalam lubang sedalam lebih 2 meter kat belakang office. Pada mulanya mereka mengeluarkan anak kucing yang sedang kesakitan dan kebasahan itu menggunakan kayu penyapu tetapi tidak berhasil

Kesian sangat dengan anak kucing itu, agaknya dah 8 jam anak kucing ni jatuh dalam tu. Sebab dari pada pagi tadi dengar suara anak kucing mengiau tak henti-henti. Puas mencari tapi tak jumpa dari mana suara itu sebab kejap-kejap suara tu hilang. Dahlah hari ni dah 2 kali hujan lebat, tak dapat nak bayangkan😰 betapa seksanya kucing tersebut menunggu dalam kebasahan.

Dia menyedari kehadiran kucing tersebut apabila dia hendak ambil air wudhu untuk menunaikan solat.

“Elok pi ambil wuduk tadi tengok ada seekor kucing duk mengiau juga. Ingatkan dia le kucing tu so bawa la anak kucing tu pi kat mak dia. Nasib baik mak dia ada kat belakang opis. Elok nak pi kasi kat mak dia tiba2 dengar ada lagi suara kucing dari dalam lubang.”

Masya Allah..sebaknya tak dapat nak bayangkan azab dia duk 8 jam dalam lubang tu dengan cuaca hujan panas😭

Cuba nak selamatkan seorang diri tapi punyalah susah sebab lubang tu dalam sangat. Panggil la geng office untuk turun tolong. Macam-macam cara kami guna tapi tak berjaya sampai luka tangan. Mujur pernah tengok video orang selamatkan kucing guna tali. Alhamdulillah berjaya juga akhirnya😄

Baru lega rasa hati kami nak sambung keje. Tq Betty Sarah Khan kasi kerjasama. Semoga ada jugak pahala untuk kita hari ni.

Kini anak kucing itu sudah bebas, kami dengan segera terus mencari tuala untuk mengeringkan bulu anak kucing itu dan dia telah berhenti menangis. Jangan jatuh lagi ye anak kucing.

Sumber: DUKU LANGSAT

3