Anak Siapa Ni Tidur Atas Jalan Serta Mengeluarkan Kata Kepada Pemandu

Anak Siapa Ni Tidur Atas Jalan Serta Mengeluarkan Kata Kepada Pemandu

MELASTIK kereta, baring di jalan raya, menyelerakkan barang di kedai serta mengeluarkan kata-kata kessat. Itu tindakan bi4dap dilakukan sekumpulan remaja lelaki yang sengaja membuat onar di sekitar Anggerik, Kuala Lumpur, hingga mengundang kem4rahan orang ramai.

Malah, video perbuatan mereka turut tular di media sosial selepas dikongsi di laman sosial Facebook, hari ini. Beberapa rakaman video itu menunjukkan sekumpulan remaja dilihat bersembunyi di bahu jalan sebelum melastik kenderaan yang melalui laluan berkenaan.

Selain itu, video itu turut menunjukkan seorang daripada mereka membuat kecoh di kawasan kedai dengan menyelerakkan barang serta mengeluarkan kata-kata kessat. Mereka juga dilihat baring di jalan raya walaupun terdapat kereta yang sedang melalui laluan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, setakat ini belum ada sebarang laporan diterima pihaknya berhubung kejadian itu.

“Bagaimanapun, polis akan mengambil inisiatif dengan melakukan rondaan lebih kerap oleh Unit Kereta Peronda Polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di lokasi itu. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 03-9284 5050 atau 03-9284 5051 untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber: HARIAN METRO

2