Anjing Jiran Gigit Gadis 11 Tahun

Anjing Jiran Gigit Gadis 11 Tahun

Ramai orang yang suka akan haiwan dan membela mereka terutama kucing dan ada juga sesetengah orang yang suka membela anjing.

Di dalam islam ada sebab anjing itu kotor dan perlu dibersihkan dengan air bercampur tanah. Anjing bukan lah haiwan sesuai untuk dibela terutama di dalam kawasan rumah.

Memang tak dinafikan ada sesetengah anjing yang comel dan kecil, ada yang mendengar cakap tapi tak semua anjing berkelakuan jinak dibandingkan dengan kucing.

Jikalau kucing liar, mereka tidak menyerang manusia seperti anjing seperti yang terjadi pada kanak-kanak perempuan yang berusia 11 tahun cedera pada muka digigit anjing di rumah di Taman Makmur, Endau, Mersing Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, dalam kejadian 7.30 malam itu, mangsa sedang bermain di rumah jirannya.

“Kejadian itu dipercayai berlaku selepas rantai tali pengikat anjing tercabut sebelum anjing peliharaan jirannya itu meny3rang mangsa.

“Anjing itu adalah baka campuran dan ia mengg igit muka serta beberapa bahagian badan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini. Cyril berkata, siasatan awal mendapati pemilik anjing tidak mempunyai permit atau lesen untuk memiliki anjing itu.

“Mangsa yang parah pada muka dibawa ke Hospital Rompin untuk menjalani rawatan kecemasan sebelum dihantar ke hospital pakar bagi rawatan lanjut. Jabatan Veterinar Johor sedang menyiasat dan memantau sama ada anjing itu mempunyai penyakit berjangkit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan,” katanya. Difahamkan, mangsa yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chiao Ching, Endau, digigit anjing jenis ‘pitbull’ yang dibela lima tahun lalu.

Sumber: HARIAN METRO

1