Anjing Menangis Sambil Memeluk Gambar Sahabatnya Yang Telah Tiada

Anjing Menangis Sambil Memeluk Gambar Sahabatnya Yang Telah Tiada

Selama 10 tahun yang bahagia, Spencer dan Rocky adalah sahabat baik yang tidak dapat dipisahkan. Mereka tidak pernah renggang dan berpisah.

“Setiap malam mereka tidur bersama,” Beth Fisher, pemilik anjing itu memberitahu The Dodo. “Rocky dan Spencer tidur di tempat tidur yang sama, makan dari mangkuk yang sama dan selalu berjalan bersama ketika mereka keluar.”

Malangnya, masa gembira dan bahagia mereka bersama-sama baru-baru ini berakhir. Ketika dibawa berjumpa doktor haiwan untuk merawat anjing berbulu perang, Rocky, doktor menemukan tumor yang besar dijumpai berkembang di dalam tubuhnya.

Ia merupakan detik yang sedih, kerana Rocky terlambat dibawa untuk rawatan, dan pemiliknya hanya diberikan satu pilihan iaitu eutanasia.

“Rocky terpaksa dimatikan hari itu,” kata Fisher. ” Sukar untuk menerima pemergian mendadak Rocky, tetapi kami tidak dapat membayangkan betapa sukarnya Spencer yang kehilangan teman baiknya.” Spencer kelihatan sangat sedih dan patah hati.

“Sejak Rocky tiada, Spencer telah bangun pada waktu malam berjalan disekitar rumah untuk mencari teman baiknya,” kata Fisher. “Dan kemudian Spencer menangis kerana tidak menemui Rocky.”

Abu Rocky diletakkan di atas rak di atas tempat dia dan abangnya tidur, untuk menjaga pasangannya rapat. Tetapi jelas bahawa Spencer memerlukan sesuatu yang lebih untuk membantunya untuk mengatasi.

Oleh itu, bapa Fisher telah membuat bantal dengan wajah tersenyum Rocky khas untuk Spencer. Bantal tersebut sedikit sebanyak telah mengubat kerinduan Spencer terhadap Rocky.

“Sejak itu, Spencer telah memeluk bantal tersebut sepanjang masa, membawa dari sofa ke katilnya sendiri,” kata Fisher. Kini, bantal tersebut telah menjadi peneman tidurnya.

Sudah tentu, tiada apa-apa yang boleh membawa Rocky kembali. Namun, bantal tersebut seolah-olah memberi jaminan untuk Spencer bahawa sahabatnya masih berada di sisinya sepanjang masa.

“Saya tidak fikir Spencer akan dapat melupakan Rocky, tetapi saya harap Spencer dapat belajar hidup tanpa Rocky,” kata Fisher.

Sumber: ERA BARU

2