Anjing Tumpang Naik Keretapi LRT

Anjing Tumpang Naik Keretapi LRT

Tular satu video yang dirakam oleh salah seorang penumpang memperlihatkan seekor anjing yang berada di dalam sebuah stesen LRT Miharja didakwa dibawa oleh seseorang menaiki kenderaan awam tersebut.

Video berkenaan dilihat telah menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak sehingga menjadi perbalahan di laman sosial.

Bagaimanapun pihak Rapid KL telah tampil memohon maaf atas isu perselisihan faham tentang haiwan terbabit. Pihak Rapi KL menjelaskan anjing itu bukan dibawa oleh seseorang seperti yang didakwa di media sosial, anjing berkenaan merupakan seekor anjing liar yang tersesat memasuki stesen dan menaiki kereta api di stesen LRT Miharja.

Stesen LRT Miharja ini sangat mudah dan berpotensi tinggi untuk haiwan sesat memasuki ke dalam kereta api. Polis Bantuan stesen berkenaan telah menjejaki anjing tersebut secara senyap kerana keadaan haiwan tersebut tidak bersifat agresif dan menyerang. Ia kemudiannya ditangkap dan dikeluarkan jauh dari kawasan stesen LRT.

Sumber: SIAKAP KELI

3