Apa Salah Kucing Aku Pada Kau, Sampai 6 Ekor Kucing Aku Di R4CUN

Apa Salah Kucing Aku Pada Kau, Sampai 6 Ekor Kucing Aku Di R4CUN

SIAPA yang tidak sedih seandainya enam ekor kucing kesayangan m4ti akibat dir4cun?

Itulah yang berlaku kepada seorang pemuda, Muhamad Azim menerusi kejadian pada Jumaat lalu. Pemuda berusia 24 tahun itu membuat perkongsian mengenai kisah menyedihkan itu menerusi laman Twitter sehingga menarik perhatian ramai.

Mesra disapa Azim, dia mengakui sedih dengan kejadian itu, tambah-tambah lagi ia berlaku pada bulan Ramadan.

“Saya ada sembilan ekor kucing, enam mati diracun, seekor lagi hilang. Sekarang tinggal dua ekor sahaja. Petang tu jumpa tiga ekor mati di bawah kereta di halaman rumah. Ayah yang jumpa, tengok mulut dah berbuih. Malamnya selepas solat tarawih, jumpa lagi tiga ekor di belakang rumah. Kucing jiran pun ada seekor yang mati,” ujar Azim sewaktu dihubungi mStar.

Jelasnya lagi, dia turut menemui bekas makanan dipercayai dicampur dengan racun di bahagian belakang kawasan rumahnya. Selain Azim, kedua orang tuanya turut terkesan dengan kehilangan kucing-kucing itu.

“Masa bercerita dengan jiran pasal kejadian ni, tiba-tiba ayah kata ‘mata dia berhabuk’. Mak saya pula langsung tak nak tengok gambar kucing. Dia tak mahu ingat pun yang kucing tu mati diracun, mak nak anggap kucing tu hilang macam tu sahaja,” kata Azim lagi.

Dia turut memberi nasihat kepada mana-mana individu di luar sana agar bersemuka dengan pemilik kucing sekiranya ada perkara yang mereka rasa tidak puas hati.

“Kucing ni sebahagian hidup kita. Mana-mana pergi ada kucing, jadi kena biasakan diri. Kalau dia berak, kena faham dia tak ada akal. Sepatutnya kalau jadi kes berak dalam kawasan rumah, kena datang jumpa pemilik.

“Boleh tanya pemilik kucing, bincang elok-elok suruh letak dalam sangkar atau guna cara lain,” katanya lagi. Dalam pada itu, posting Azim mengenai kematian kucing-kucingnya menerima lebih 17,300 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Malah, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih dan kekecewaan mereka terhadap peristiwa itu yang dianggap sebagai satu tindakan zalim terhadap haiwan.

Sumber: mStar

2