Apakah Reaksi Kucing Apabila Bertemu Dengan Air

Apakah Reaksi Kucing Apabila Bertemu Dengan Air

Kucing adalah salah satu haiwan peliharaan manusia yang memiliki bulu halus yang sangat comel dan gebu, tetapi binatang ini sangat tidak suka dengan kondisi yang basah. Selain comel, binatang ini juga boleh menjadi garang dan ganas dalam menangkap mangsanya iaitu tikus. No wonder, kucign dan tikus menjadi inspirasi cerita Tom and Jerry.

Tapi tahukah anda kenapa kucing tak suka air? Kalau kita jirus dengan air mesti kucing lari. Sini saya kongsikan antara sebab-sebab kenapa kucing takut air.

1. Ketidakselesaan Terhadap Kondisi Basah
Kucing sangat tak selesa bila badannya dalam keadaan yang basah, jika kucing ini dimandikan, maka seluruh tubuhnya akan menggeletar kesejukan sehingga menyebabkan kucing takut pada air.

2. Air Merupakan Platform Yang Mudah Untuk Pembiakan Bakteria
Kucing memiliki bulu yang halus, lebat, dan bersih kerana bintang ini selalu menjaga kebersihannya. Kucing amat pantang jika bulunya basah kerana dalam kondisi ini, maka banyak kotoran akan membawa bakteria dengan mudah apabila melekat pada bulu kucing.

3. Faktor Kesihatan
Mengapa kucing benci air? Salah satu sebabnya adalah pada suhu rendah, makhluk kecil seperti bakteria senang untuk hidup dan membiak kepada berbagai jenis penyakit, hal ini juga mudah berlaku pada kucing. Dengan menjauhi air bererti binatang ini telah mengurangi risiko untuk terkena penyakit.

4. Faktor Psikologi
Sama halnya dengan manusia, ada sesetengah kucing yang mengalami trauma terhadap air seperti terjatuh dalam sungai atau longkang yang dalam yang mengakibatkan trauma sehingga mengganggu kondisi psikologi binatang tersebut.

5. Dapat Mandi Sendiri
Kucing merupakan haiwan yang dapat mandi sendiri, tetapi cara mandi ala kucing tidak seperti manusia yang menggunakan air dalam jumlah yang cukup banyak. Kucing membersihkan atau memandikan dirinya dengan cara menjilat seluruh tubuhnya. Menurut ahli kesihatan Dr. George Maqshud, lidah kucing tidak mengandung bakteri dan kuman kerana mengandung lysozyme yang berfungsi sebagai pembersih.

6. Menjaga Kestabilan Suhu Tubuh
Kucing selalu menghindari cuaca panas matahari dan juga menghindari air terutama takungan air yang ada di pinggir jalan. Hal ini bertujuan untuk menjaga kestabilan kehangatan suhu tubuhnya kerana bakteria dan kuman dengan mudah boleh berpindah ke tubuh kucing jika suhu tubuhnya menurun.

Itulah antara beberapa sebab dan faktor kucing takut air. Memelihara kucing merupakan kegiatan yang menyenangkan tetapi memelihara binatang ini tidaklah semestinya mudah, kita harus mengetahui bagaimana cara merawatnya dengan benar agar kucing kesayangab kita dapat terjaga kesihatannya dan membesar dengan baik.

Sumber – Kumpulan Misteri

1