Arnab Jantan Ini Mencari Bini 4 Kali Ganda Saiz Badannya

Arnab Jantan Ini Mencari Bini 4 Kali Ganda Saiz Badannya

Kebanyakan pencinta haiwan memelihara haiwan tersayang di rumah masing-masing. Ada yang membela kucing, anjing dan sebagainya. Tetapi bagi keluarga Covelli ini, arnab merupakan haiwan kesayangan mereka seisi keluarga yang wajib dipelihara.

Kenali seekor arnab betina yang dinamakan Lilly Sunshine ini. Lilly merupakan seekor arnab Flemish yang berusia tiga tahun dan memiliki berat sebanyak 7.2 kilogram!

Untuk pengetahuan anda, Lilly juga sudah mempunyai teman lelaki bernama Romeo dan pasangan ini sangat gemar menghabiskan masa bersama-sama. Akan tetapi, tidak seperti Lilly yang gebu, Romeo merupakan seekor arnab kecil seberat kurang daripada 2kg sahaja…

Sesiapa sahaja yang melihat Lilly pasti akan mengagumi saiznya yang gergasi itu. Namun, apabila melihat Lilly bersebelahan Romeo, anda pasti akan menjadi lebih kagum dan terkejut.

Menurut tuan empunya Lilly iaitu Sarah Covelli, Romeo turut mempunyai nama gelaran lain iaitu ‘tiny husbun’ yang membawa maksud suami kecil.

Meskipun mempunyai perbezaan saiz yang sangat ketara, pasangan arnab ini sentiasa menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain. Malah, mereka langsung tidak menjadikan isu perbezaan saiz itu sebagai satu halangan untuk mereka kekal setia bersama.

“Romeo adalah seekor arnab kecil yang penyayang dan sentiasa ingin tahu. Romeo akan melompat di atas sofa dan memanjat badan kami. Romeo juga ibarat bayang-bayang Lilly kerana Romeo akan mengikutnya ke mana sahaja! Saya rasa sebab Romeo tahu Lilly mampu melindunginya,” kata Sarah kepada The Dodo.

Sumber: ERA BARU

1