Arwah Janji Nak Jumpa Saya Malam Ni Tapi

Arwah Janji Nak Jumpa Saya Malam Ni Tapi

Berita kematian pengasas produk kosmetik popular tanah air, Dnars iaitu Arwah Faziani Rohban Ahmad akibat kemalangan di Thailand nyata mengejutkan ramai pihak.

Selain anak-anak arwah yang turut berkongsi rasa sedih di media sosial, rakan-rakan arwah dalam dunia perniagaan turut melahirkan rasa terkejut dengan pemergian arwah di bulan yang mulia ini termasuklah Dato’ Aliff Syukri. Beliau sempat memuat naik sekeping gambar bersama arwah dan berkongsi kisah pertemuan mereka di Instagram.

”Kenapa ramai orang yang saya sayang pergi. Dia dah janji nak jumpa saya malam ni. Sahabt saya tolong doakan arwah. Sedih terkejut menggigil kaki saya menerima perkhabaran sahabat seperjuangan bisnes saya kak @faziani_rohban kosmetik dan Dnars telah kembali ke Rahmatullah disebabkan kemalangan pagi tadi,” kata beliau.

Menurutnya, beliau merasa amat pahit untuk memuat naik status kehilangan rakan baik tersebut memandangkan mereka sudah pun mengenali sejak 15 tahun dahulu ketika berniaga bersama-sama di pasar.

”Saya terus terimbau kembali kebaikan Kak Faziani orangnya sangat-sangat baik. Setiap tahun bagi sumbangan dan ke umrah. Ikhlas dan tidak pernah memburukkan orang lain walau di diburukkan malah dia janji nak datang majlis saya malam untuk iftar siap booking 2 orang.

”Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beramal soleh dan rezeki arwah pergi pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Malam ni lepas majlis saya akan ke Kelantan demi akak. Tanda peringatan dan penghormatan terakhir Kri kat akak.. Al-Fatihah,”.

Sumber: SIAKAP KELI

4