Ayam Ternakan Se Rang Tuan Sendiri

Ayam Ternakan Se Rang Tuan Sendiri

Walaupun mempunyai haiwan ternakan dapat memberi pulangan yang lumayan serta menguntungkan, namun ianya tidak menolak kepada kesan buruk yang boleh diterima oleh si penternak. Perkara ini berikutan nasib malang dialami oleh seorang wanita tua yang ma ut akibat dise rang oleh ayam ternakannya. Kejadian yang berlaku di Australia itu telah bermula ketika wanita itu sedang mengumpulkan telur dari reban ayam yang berada di belakang rumahnya.

Punca kematian wanita yang tidak didedahkan identitinya itu adala disebabkan oleh kecederaan ‘vena varikos’ selepas di se rang oleh haiwan yang dibelanya selama ini. Kejadian yang menimpa warga tua itu telah menjadi peringatan khususnya kepada penduduk setempat untuk lebih berhati-hati terhadap haiwan yang dianggap tidak merbahaya.

Menurut seorang pakar forensik, Profesor Roger Byard dari Adelaide University, sebelum ini terdapat kes yang melibatkan seorang wanita tua meninggal dunia dalam keadaan yang sama selepas dise rang oleh kucing peliharaannya. Tambahnya mengenai insiden berkenaan, punca kematian wanita itu bukan hanya disebabkan oleh serangan haiwan, namun ianya juga disebabkan pendarahan yang lama tanpa rawatan.

Sumber: Unilad.co

7