Bagaimana Cara Untuk Membuatkan Kucing Anda Lebih Comel Dan Bertenaga

Bagaimana Cara Untuk Membuatkan Kucing Anda Lebih Comel Dan Bertenaga

Saya merasa terpanggil untuk menulis confession ni sebagai respon pada confession yang bertajuk “Jangan lupa pada yang tak suka kucing” yang pernah disiarkan sebelum ni. Terus terang, saya seorang pencinta kucing, dan memelihara 4 ekor kucing di rumah. Saya sangat bersetuju dengan apa yang confessor tersebut luahkan tentang jiran yang membela kucing (cuma tak setuju pencinta kucing dilabel sebagai sombong).

Saya teringat suatu tazkirah yang saya pernah dengar. Kalau tak silap di TV Al Hijrah. Tazkirah tu sebut pasal dua perkara yang kita harus jaga dalam hidup, iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Semestinya dalam hidup berjiran, hak-hak jiran mestilah kita jaga. Tapi pada masa yang sama, kita yang suka kucing ni nak bela kucing, kadang-kadang rasa kesian tengok kucing terbiar dan sebagainya. Jadi di sini saya nak memberikan beberapa pesanan untuk mereka yang memelihara kucing atau yang baru bercadang supaya boleh bela kucing dengan gembira dan pada masa yang sama tak menyebabkan jiran sebelah panas hati.

1) Duit dan tenaga: ni bagi saya 2 perkara penting yang harus ada pada semua pencinta kucing. Duit dan tenaga untuk menguruskan kebajikan kucing dari segi makan minum, pasir untuk litter box, vaksin, ubat-ubatan, dan pemandulan kucing. Pasal pemandulan ni saya cerita lebih lanjut nanti.

2)Toilet train kucing anda: sebenarnya toilet train ni tak susah. Kalau bela anak kucing, sangat mudah untuk dilatih. Cara yang saya buat, saya letakkan dalam sangkar yang agak luas. Dalam sangkar disediakan makan minum dan juga litter box. Kucing biasanya automatik kalau jumpa pasir dia membuang di situ. Untuk kucing dewasa masih boleh dipraktikkan. Kalau misalnya kucing terlepas hajat di tempat lain, ambil scoop, kaut najis dan letak dalam litter box. Lepas tu suakan sikit muka kucing tu kat situ, kasi dia signal “haa sini toilet ye”.

3) Litter box: bersihkan tiap hari. Kucing ni haiwan pembersih, dan ada deria bau yang sensitif. Kalau litter box kotor dan berbau, ada kemungkinan dia tak nak guna dan pergi melepas di tempat lain. Dibersihkan bukan bermaksud hari2 kena cuci. Cukup sekadar kaut najis nya dan buang. Kemudian tabur baking soda pada litter box. Baking soda ni deodorizer. Jadi ia menyerap bau2 busuk. Kalau nak lebih wangi, tabur bedak tapi jangan banyak sangat, takut kucing confuse betul ke ni toilet dia. Seminggu sekali, baru lah cuci litter box dengan air dan sabun. Kalau nak letak di luar, guna litter box bertutup. Bau memang kurang dan pasir kurang bersepah. Ada juga dijual training kit yang boleh membantu untuk latih kucing supaya gunakan tandas manusia. Kit ni tak mahal, harga sekitar RM40 kalau tak salah saya. Kalau ada masa lebih untuk train kucing, bolehlah guna sebab menguntungkan dari segi kos dan tenaga, tak payah beli pasir kucing dan tak perlu cuci litter box dah.

4) Mandulkan kucing: pemandulan kucing ni sebenarnya sangat bermanfaat dari segi kesihatan kucing dan juga dapat mengurangkan stress jiran2. Kucing yang mandul sangat jarang merayau, dan kucing jantan yang mandul tak kencing merata. Jadi di sini dah setel dua masalah. Tapi ada syaratnya, iaitu kena mandulkan sekitar/sebelum usia 6 bulan. Pada usia ni, belum ada dua tabiat tadi. Jadi kalau dimandulkan, inshaAllah kucing takkan buat. Kalau kucing jantan dah tua, dan dah ada tabiat buruk ni, sebenarnya masih boleh diselamatkan. Cuma lebih mengambil masa untuk dia tinggalkan kebiasaan tersebut. Untuk kucing betina pula, disarankan juga untuk mandul pada usia 6 bulan. Tapi sebab kucing betina jarang menimbulkan masalah, boleh pilih nak bagi dia bergelar ibu dulu ke, atau nak mandul terus. Terpulang pada kewangan. Kalau masih mampu untuk tanggung anak2 kucing dipersilakan. Tapi kalau takut tak mampu, mandulkan. Jangan nanti kucing beranak rasa tak nak jaga dan buang ke pasar. Dari segi hukum, fatwa dari Jakim mengatakan harus untuk menjaga muslahat ummah. Dari segi kos, berbeza untuk setiap tempat tapi semestinya kos di klinik kerajaan lebih murah. Dari segi kesihatan, memang sangat banyak penyakit2 bahaya boleh dielakkan macam kanser ovari, pyometra.

5) Makan minum, vaksin : kalau sibuk sampai tak ingat nak tinggalkan makanan, boleh lah beli pet feeder. Boleh letak air dan kibbles yang banyak. Jadi takdelah kucing mintak makan rumah sebelah. Vaksin pula kos sekitar RM30 untuk seekor. Nanti ada kad vaksin macam manusia jugak, kena simpan kad tu. Kalau kucing mandul, bagi saya vaksin boleh lah dianggap optional. Sebab vaksin untuk cegah penyakit yang biasanya serang kucing2 merayau. Tapi kalau ade duit lebih, apa salahnya.

Ni je lah tips2 yang saya dapat kongsi dengan pencinta kucing sekalian. Kena ingat, bela kucing bukan sekadar makan minum je, kebajikan kucing dan jiran2 kena jaga. Antara yang paling orang complain adalah najis kucing. Jadi perkara tu sangat penting untuk kita jaga. Cuci litter box dan sebagainya. Kalau kucing melepas kat rumah jiran, jangan buat tak tau kalau jiran tegur. Minta maaf dan basuh. Tapi kalau litter box diuruskan dengan baik, inshaAllah takde kejadian macam ni. Kalau rasa tak larat nak uruskan litter box, saya sarankan bawak makanan kucing selalu. Nampak kucing2 jalanan boleh bagi makan. Dengan cara ni, dapat pahala berbuat baik pada yang bernyawa, di samping mengelakkan jiran sakit hati.

Untuk jiran2 yang tak suka kucing pulak, apa2 masalah cuba selesaikan dengan baik. Kalau jiran yang bela kucing tu buat tak tau je, jangan diracun kucing nya tapi racun lah tuan mereka hahaha. Kucing makhluk tak berakal. Tumpang hidup di bumi Allah. Sama jugak macam kita. Kalau masalah tak dapat diselesaikan, pada saya jangan lah sampai racun. Lebih baik letak di tempat yang mereka boleh cari makan. Lepas tu inform pada tuan kucing. Kalau dia betul pencinta kucing, mungkin akan cari balik dan jaga elok2 lepas tu. Tapi kalau dia selamba badak je bawak balik pulak kucing lain, boleh rujuk balik pada saranan saya untuk racun je beliau haha. Akhir kata, semoga perkongsian yang tak seberapa ni bermanfaat untuk para pembaca, dan sama-sama lah kita menjaga hubungan dengan Allah, manusia, dan makhluk Allah yang lain.

– Pencinta kucing yang bertanggungjawab

– Hanan

Sumber: IIUM CONFESSION

 

1