Baru Umur 5 Tahun Dah Pandai Rendam Anak Kucing Dalam Air

Baru Umur 5 Tahun Dah Pandai Rendam Anak Kucing Dalam Air

‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Pepatah ini menggambarkan bahawa didikan anak-anak seharusnya bermula dari kecil lagi. Tapi ada juga yang mengamalkan ‘konsep’ membiarkan anak-anak dengan alasan masih kecil untuk ditegur. Benarkah begitu?

Menjadi perkara biasa apabila ibu-bapa berdepan dengan kerenah anak-anak apabila berkunjung ke rumah tetamu terutamanya di musim perayaan ini. Berlari ke sana-sini, menumpahkan makanan masih boleh diterima. Namun yang menjadi masalahnya, apabila kelakuan anak-anak sudah melampaui batas seperti kes yang berlaku ini.

Bayangkan di usia 5 tahun, kanak-kanak ini sudah ‘pandai’ merendam kucing tuan rumah sehingga mati ketika ibu ayahnya sibuk beraya. Jauh sekali ingin menunding jari kepada didikan ibu-bapa tetapi sikap terleka mengawasi anak-anak ketika di rumah orang menyebabkan mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa pantauan.

Perkongsian oleh Ahmad Syimir Akid diharap dapat dijadikan peringatan kepada ibu-bapa lain. Moga dapat dijadikan iktibar dan pengajaran agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

“BIARLAH DIORANGKAN BUDAK2 LAGI.”

Sekarang sedang hangat isu anak-anak tetamu yang datang ziarah ke rumah orang tapi seperti tidak dijaga oleh ibu bapa.

Semperna dengan musim Hari Raya Eidul Fitri ni sudah menjadi tradisi kita orang Malaysia ziarah menziarahi sanak saudara, rakan taulan dan kenalan kita. Bagi yang sudah berkeluarga sudah tentu pergi menziarah dengan membawa ahli keluarga bersama.

Dalam kesibukan kita beraya, anak-anak kita pun sibuk ‘beraya’. Tengah seronok2 kita ibu bapa ‘membawang’ kita tak perasan pun anak2 kita pergi mana, apa mereka buat semua kita tak tahu. Dah banyak kes berlaku barang-barang tuan rumah habis pecah. Itu tak apa lagi. Ada yang koleksi peribadi yang tersimpan rapi dalam almari pun diusik ada sampai dikoyakkan.

Yang terbaru kes rendam kucing dalam air sampai mati. Sedangkan kucing tu duduk dalam sangkar elok je. Bila tuan rumah perasan dan rasa nak marah mulalah keluar ayat “Alah biarlah, diorangkan budak2 lagi.” Ini dia mind set ibu bapa zaman sekarang untuk lepaskan diri. Adakah ini perlakuan yang betul atau salah? Persoalan kedua kenapa perlu ibu bapa biarkan saja anak mereka begitu?

Istilah tersebut tidak perlu wujud dan sememangnya tidak boleh diguna pakai. Pakcik makcik, abang kakak adik, pernah dengar tak peribahasa ‘Jika hendak melentur rebung biarlah dari rebungnya’? Orang2 lama bukan saja2 nak bagi peribahasa macam ni.

Sumber: SIAKAP KELI

1