Bayi 13 Bulan Cedera Di Le Tak Dalam M3sin Basuh

Bayi 13 Bulan Cedera Di Le Tak Dalam M3sin Basuh

Tergamaknya lelaki ini apabila dia didakwa meletakkan seorang bayi perempuan berusia 13 bulan di dalam sebuah mesin pengering baju dan menghidupkan suisnya.

Akibat tindakannya, bayi malang tersebut mengalami kecederaan parah dalam kejadian yang berlaku di Scotland itu.

Suspek, Thomas Dunn didakwa mencederakan bayi berkenaan dan membahayakan nyawanya sebanyak dua kali dalam tempoh tiga minggu pada musim sejuk yang lepas.

Tidak cukup dnegan itu, dia turut didakwa berulang kali mencerakan bayi lain dengan meletakkan tangannya ke dalam mulut dan memicit hidung mangsa, menyebabkan mangsa sukar bernafas.

Dunn menghadapi empat pertuduhan dalam pendengaran kes di Mahkamah Sheriff Dundee di Dundee, Scotland pada Selasa.

Walaubagaimanapun, Dunn, 25, dari Comrie Crescent, Hamilton, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan.

Peguam bela, Paul Parker Smith berkata, pembelaan memerlukan masa untuk membuat pertanyaan sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan.

Sheriff Alastair Brown meneruskan kes tersebut pada minggu ini.

Sumber : SIAKAP KELI

2