Bertahun Kahwin Tapi Tak Ada Anak, Selepas Sebulan Bela Kucing Terus Hamil

Bertahun Kahwin Tapi Tak Ada Anak, Selepas Sebulan Bela Kucing Terus Hamil

Sebelum ini, kami ada berkongsi artikel kisah mengenai sepasang pengantin tidak mempunyai anak namun akhirnya mengandung selepas beri kucing makan serta mengatakan pada kucing supaya berdoa pada Allah untuk dia memiliki Anak

Baru-baru ini, seorang wanita turut berkongsi kisah yang hampir sama dimana terdapat hikmah dalam membuat kebaikan terhadap haiwan kesayangan ramai itu.

Wanita bernama Heera itu telah 2 tahun berkahwin namun tidak dikurniakan dengan anak, hidupnya kesunyian namun pada satu hari dia terbuka hati nak bela kucing tulis wanita itu di twitter

Aku dengan suami 2 tahun kahwin tapi takde anak… Husband suka sangat kucing… Selalu bagi kucing2 makan sambil cakap “doakan kami ada anak ye”. But satu hari buat keputusan nak bela kucing seekor. Bulan 11 ambik bela dan bulan 12 aku mengandung. Alhamdulillah!,” tulis Heera Wahab di laman sosial Twitter.

Menerusi laporan Mstar Online, dia pernah hamil namun keguguran setelah mendirikan rumah tangga bersama suaminya dua tahun lalu.

Heera atau nama sebenarnya Nurul Thahira Abd Wahab berkata, pelbagai cara dilakukan bagi mendapat cahaya mata namun tetap tidak berhasil.

“Sebutlah apa sahaja, semuanya sudah kami lakukan. Saya ada berjumpa doktor ambil ubat kuatkan rahim, malah berurut pun kami buat namun tak berjaya. Saya dan suami juga cuba ubah cara kehidupan. Kami berhenti ambil minuman berkafein, makan makanan yang sihat, makan vitamin, tapi semua tidak menjadi,” katanya.
Tambah wanita berusia 24 tahun itu, suaminya Mohd Shidee Jahli juga seorang yang penyayang dan pencinta haiwan kesayangan Rasulullah SAW itu.

“Setiap kali ke kedai makan, dia mesti akan order ikan untuk diberi pada kucing. Setiap kali beri makan pada kucing, suami akan cakap dengan kucing minta doakan supaya kami juga dikurniakan zuriat,” ujarnya.

Heera juga mendedahkan pernah mengalami tekanan perasaan akibat terlalu inginkan zuriat apatah lagi apabila melihat rakan-rakannya sudah memiliki anak, lalu dia terpaksa menjalani beberapa sesi rawatan.

“Saya asyik menangis sehingga tak lalu makan. Kalau berjalan ke mall dan lalu depan kedai baby saya akan rasa terlampau sedih,” katanya.
Menurut wanita yang tinggal di Gelugor, Pulau Pinang itu, dia tidak menyangka usia kandungan sudah mencecah 11 minggu. Ini kerana ujian kehamilan yang dilakukan sekiranya lewat datang bulan sebelum ini selalu menghampakan.

“Tapi kali ini suami perasan kelakuan saya berbeza. Saya sering mengadu ubat gigi tak sedap, dah expired ke? Kemudian dia suruh saya buat ujian kehamilan dan betul saya mengandung.
“Saya buat ujian itu sehingga lima kali sebab saya betul-betul tak sangka. Yang penting kita usaha, selebihnya berserah kepada Allah,” ujarnya.

Heera juga mendedahkan pernah mengalami tekanan perasaan akibat terlalu inginkan zuriat apatah lagi apabila melihat rakan-rakannya sudah memiliki anak, lalu dia terpaksa menjalani beberapa sesi rawatan.

“Saya asyik menangis sehingga tak lalu makan. Kalau berjalan ke mall dan lalu depan kedai baby saya akan rasa terlampau sedih,” katanya.
Menurut wanita yang tinggal di Gelugor, Pulau Pinang itu, dia tidak menyangka usia kandungan sudah mencecah 11 minggu. Ini kerana ujian kehamilan yang dilakukan sekiranya lewat datang bulan sebelum ini selalu menghampakan.

“Tapi kali ini suami perasan kelakuan saya berbeza. Saya sering mengadu ubat gigi tak sedap, dah expired ke? Kemudian dia suruh saya buat ujian kehamilan dan betul saya mengandung. Saya buat ujian itu sehingga lima kali sebab saya betul-betul tak sangka. Yang penting kita usaha, selebihnya berserah kepada Allah,” ujarnya.

Sumber: mStar

1