Bertuah Punya Kucing, Nasib Baik Tak Terspin Mesin Basuh

Bertuah Punya Kucing, Nasib Baik Tak Terspin Mesin Basuh

Kucing memiliki satu sifat yang agak pelik, mereka suka pergi tempat yang sempit untuk tidur atau berehat. Kadang mereka menyorok di bawah kerusi, bawah meja dan pelbagai sudut tempat yang sempit dan gelap.

Seorang pengguna twitter telah memuat naik gambar kucingnya dan mendapat respon like dan melucukan daripada netizen. Ramai netizen merasa geli hati apabila melihat kucing itu sedang tidur nyenyak dalam mesin basuh.

Mesin basuh adalah mesin yang digunakan untuk mencuci pakaian dengan banyak dan sangat mudah hanya dengan satu click boleh mencuci semua pakaian dengan serentak dan bersih. Namun lain pula yang terjadi kepada kucing ini apabila menjadikan mesin basuh sebagai tempat lepak untuk tidur.

Alkisahnya, tuan kucing ini ingin mencuci baju namun tidak sedar akan kehadiran kucingnya yang sedang nyenyak tidur didalamnya maklumlah dalam mesin basuh agak gelap dan kucingnya pun berwarna agak gelap. Dia telah meletakkan sabun serbuk di dalam mesin basuh.


Namun agak terkejut apabila melihat kucingnya sedang tidur dengan nyenyak di dalam mesin basuh, geli hati melihat telatah kucingnya yang langsung tidak bangun dia telah menangkap gambar kucing dan memuat naik di twitter.

Kucing nya yang merasa agak terganggu kerana lampu yang menyinar telah terbangun dan memandang muka tuannya dengan pandangan

“Ada apa tengok-tengok, tak puas hati ke?”

Adakah anda pencinta kucing pernah mengalami perkara yang sama seperti yang dihadapi oleh pemilik kucing ini? Kongsikan cerita anda di ruangan komen, tulis panjang sikit ada masa nanti admin upload pulak cerita korang dalam website. Jangan tulis pendek sangat.

 

 

1