Biar Betul IPHONE XR Berharga RM 887 Sahaja?

Biar Betul IPHONE XR Berharga RM 887 Sahaja?

Iphone XR adalah teknologi smartphone terbaru daripada syarikat apple untuk budget customer bernilai lebih kurang RM 3849 di malaysia. Walaupun digelarkan sebagai budget tapi harganya masih mahal dibandingkan dengan phone lain. Namun perkara ini berbeza di jepun apabila harga yang diumumkan jauh lebih murah di sana.

Menurut laman web AMANZ untuk anda mampu memiliki IPHONE XR dengan harga yang teramat murah. Anda perlu terbang ke Jepun untuk membeli iPhone XR 64GB pada harga serendah 24,000 Yen (~RM 887) sebuah dengan kontrak 24 bulan bersama NTT DoCoMo. Sebelum ini NTT Docomo menawarkan peranti yang sama dengan kontrak pada harga 36,000 Yen (~RM 1331).

Pengguna yang berminat hanya perlu membayar 2457 Yen yaitu sebanyak (~RM 91) sebulan sepanjang tempoh kontrak. Potongan harga yang diberikan ini adalah yang paling awal diberikan pada iPhone yang hanya baru tiga bulan dipasarkan di Jepun. Ia diharap dapat meningkatkan jualan iPhone XR yang lebih rendah dari jangkaan Apple.

Difahamkan pasaran jepun mendapat harga istimewa ini ialah kerana pasaran iPhone adalah yang keempat terbesar di dunia dengan 70% pegangan pasaran telefon pintar. Sungguhpun begitu pengguna di Jepun didapati lebih berminat membeli iPhone 8 dan 8 Plus berbanding IPHONE XR sejak iPhone XS, XS serta XS Max dilancarkan bulan lalu.

Jikalau malaysia juga menawarkan harga iphone XR semurah ini adakah anda akan beli? Adakah anda akan pakai plan 24 bulan bersama postpaid yang memiliki kontrak 24 bulan?

2