Bolehkah Kucing Selesema?

Bolehkah Kucing Selesema?

Adakah kucing anda sedang dijangkiti selsema ketika ini, macam mana nak kenal pasti selsema kucing?
Selsema kucing anda masih tak baik-baik walaupun dah terima rawatan?

’72jam adalah tempoh normal untuk selsema pulih’

Walaupun dah pernah dapat segala macam rawatan Antibiotik, ubat selsema, multivitamin, you name it, semua dah bagi pada kucing, selsema dia tetap come and go.

Kemungkinan besar kucing anda telah dijangkiti virus Feline Infectious Peritonitis (F.I.P). Virus ini bertindak dalam senyap seperti bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa. Ianya adalah jangkitan virus yang boleh merebak melalui genetik. Anda tak akan dapat mengenal dengan pasti F.I.P selagi ujian darah tidak dilakukan.

Perhatikan simptom-simptom jelas yang kami sediakan.

Sila ambil serius perkara ini.

Tanda Pertama

“Hidung kucing asyik berair je” takde langsung tanda-tanda akan baik. Biasanya hingus akan mengalir aje macam air. Ini adalah peringkat awal selsema. Ini adalah selsema biasa untuk kucing.

Tanda Kedua

Selsema lebih pekat dan sering bersin sampai tersembur hingus. Ada yang sampai tersembur sampai terkena anda. Jika dah tahap begini, asingkan. Kuarantin kucing selsema dengan yang lain. Virus akan cepat merebak dalam keadaan ini.

Tanda Ketiga

“Dah bawa jumpa Vets, tapi selsema datang balik lepas
ubat habis”

Jika kucing anda menunjukan tanda-tanda seperti di atas. Kemudian selsema bertukar menjadi semakin pekat. Segera lakukan pemeriksaan di klinik haiwan berhampiran.

P/s: Jangan tangguh lagi!
Tindakan pantas anda mampu menyelamatkan nyawa kucing yang berada dalam peliharaan anda.

1