Bomba Dianggap Hero Selepas Selamatkan Kucing Terperangkap Atas Bumbung

Bomba Dianggap Hero Selepas Selamatkan Kucing Terperangkap Atas Bumbung

Sekumpulan Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin, Temerloh dianggap ‘hero’ apabila berjaya menyelamatkan seekor kucing jantan yang terperangkap di atas sebuah bumbung tingkat tujuh kuarters Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, pegawai dan lapan orang anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 8.19 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin, Penolong Penguasa Bomba Hasnuddin Husin berkata, sebaik tiba ditempat kejadian pihaknya mendapati kucing itu terperangkap di atas  bumbung kuarters bangunan berkenaan selama hampir sejam sebelum disedari orang awam. Difahamkan, kucing itu terperangkap pada ketinggian hampir 20 meter sebelum berjaya diselamatkan.

“Kami mengambil masa 30 minit untuk menyelamatkan kucing itu. Kita menggunakan teknik penyelamatan tali dan abah-abah sebelum kucing itu berjaya diambil. Kita tidak pasti bagaimana kucing itu boleh berada di kawasan berkenaan,” katanya.

Seperti yang kita tahu, kucing sedikit nakal dan suka ke tempat yang sempit, gelap, tinggi. Namun begitu sebagai seorang pemilik haiwan kita perlu lah menjaga kucing dengan baik supaya kelakuan nakalnya tidak menyusahkan orang lain

Sumber: HARIAN METRO

3