Bomba Menyelamatkan Anak Kucing Terperangkap Dalam Paip

Bomba Menyelamatkan Anak Kucing Terperangkap Dalam Paip

Pada 28 Ogos sekumpul anggota bomba berjaya menyelamatkan anak kucing dan mengambil masa 30 minit mengeluarkan anak kucing yang terperangkap dalam paip di sebuah rumah di Parit Lapan, Kampung Sungai Leman, Sekinchan semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan, Penolong Penguasa Bomba Mohd Khairul Anuar Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.05 petang.

Menurutnya, tiga anggota dan pegawai diketuai Komander Operasi, Muhamad Fathin Aqil Halim dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan tersebut

“Sejuru Tiba di lokasi, anggota bomba mendapati anak kucing berkenaan terperangkap dalam paip sedalam kira-kira dua meter. Mereka bertindak memecahkan paip sebelum berjaya menemui haiwan itu yang berada dalam keadaan lemah,” katanya hari ini.

Beliau berkata, anak kucing itu berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada pemiliknya yang tinggal di kawasan itu. Katanya, operasi tamat pada 2.24 petang. Syabas abang bomba kerana menyelamatkan haiwan, tidak kiralah haiwan itu haiwan atau manusia anggota bomba tetap menjalankan tugasnya dengan penuh cekal

Sumber: HARIAN METRO

5