Brother Terjumpa Wang RM 20 Ribu, Halalkah Belanja Duit Tersebut?

Brother Terjumpa Wang RM 20 Ribu, Halalkah Belanja Duit Tersebut?

Hari ini kecoh di media sosial tentang brother yang terjumpa wang sebanyak 550 ribu won atau lebih kurang RM 20 ribu ringgit. Brother yang bernama wan mohamad adam itu telah terjumpa wang itu didalam guni yang telah dibelinya dengan harga RM 50 ringgit.

UMPAMA rezeki terpijak apabila seorang peniaga menemui wang tunai sebanyak 550,000 yen (RM20,755.84) ketika membuka guni bundle di kedainya di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok,  Bagaikan rezeki jatuh ke riba, dia berniat untuk membelanjakan wang itu untuk businessnya. Wan Mohamad Adam berkata, penemuan wang itu adalah rezeki buatnya selepas membeli lebih 10 guni bundle sejak sebulan lalu. Katanya, dia juga tidak menemui identiti pemilik wang itu kecuali hanya satu beg duit bersama sehelai kot.

Namun, perkara ini menjadi viral semula dan kecoh apabila mufti daripada kelantan meminta dia untuk menyerahkan wang itu kepada baitulmal. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, sesiapa saja yang menemui wang sama ada di tepi jalan atau di mana-mana kawasan dan gagal mengesan pemilik, ia perlu diserahkan kepada jabatan agama.

Jadi admin tergerak untuk mencari hukum menggunakan duit yang terjumpa. Jika anda terjumpa duit seperti wan mohamad adam itu bermaksud anda terjumpa harta Luqatah

Luqatah bermaksud harta yang hilang dari tuannya dan dijumpai oleh orang lain. Ia juga ditakrifkan harta tanpa milik yang dihormati yang ditemui di sesuatu tempat yang tidak sepatutnya disimpan dan si penemunya tidak mengetahui orang yang berhak ke atas harta tersebut.

Boleh kah anda membelanjakan wang Luqatah?

Jawapannya boleh tapi perlu Hebahkan kepada umum selama setahun Ulama memberi panduan pada minggu-minggu awal dihebahkan setiap hari dan pada minggu-minggu berikutnya dihebahkan mengikut kesesuaian.Tujuan utamanya adalah untuk mencari empunyanya. Maka paza zaman ini bolehlah gunakan teknologi seperti facebook, twitter untuk mengumumkan jika terdapat duit yang hilang

Jika cukup setahun empunyanya tidak menuntut , maka bolehlah dimiliki atau dijual tetapi hasilnya itu berstatus wadi’ah pada jagaan orang yang menemuinya .

Jika empunyanya menuntut pula selepas itu maka hendaklah diberikan selepas kita berpuas hati terhadap padanan wang tersebut dan maklumat yang diberikan oleh individu atau pemilik tersebut.

Pendapat ustaz azhar idrus mengenai wang dijumpai

Pendapat ustaz abdul somad

Sumber: Youtube, Ustaz azhar idrus, ustaz abdul somad, majlis ulama isma

 

 

2