Buaya Excited Terjumpa Kembarnya Di Dalam Kolam Renang

Buaya Excited Terjumpa Kembarnya Di Dalam Kolam Renang

PERCAYA atau tidak, seekor buaya ditemui di dalam kawasan rumah. Begitulah yang dialami oleh seorang penduduk di Georgia, Dave Jacobs sekeluarga yang melawat Florida, Amerika Syarikat (AS) bagi menghadiri majlis perkahwinan.

Mereka menyewa Airbnb mewah di Miami dan mendapati sudah ada ‘penghuni’ yang menggunakan kolam renam di kediaman itu.

Apa yang mengejutkan mereka apabila seekor buaya berada di atas pelampung menyerupai buaya di tengah kolam renang.

Bercakap kepada New Times, Dave berkata, ‘penghuni’ yang tidak membayar khidmat sewa kediaman itu merupakan sesuatu yang luar biasa.

Isteri Dave kemudian menghubungi pemilik rumah dan pasukan kawalan haiwan turut dihubungi.

Mereka menjelaskan bahawa ia merupakan musim buaya yang menyebabkan haiwan reptilia itu berkeliaran.

Lokasi kediaman tersebut pula berdekatan habitat buaya

Sumber: mStar

1