Budak 13 Tahun Digelar Serigala Kerana Memiliki Bulu Di Muka

Budak 13 Tahun Digelar Serigala Kerana Memiliki Bulu Di Muka

Seorang remaja di India dilahirkan dengan sindrom aneh, Warewolf Syndrome yang menyebabkan tubuh badannya ditumbuhi bulu lebat dan kelihatan umpama seekor serigala.

Lalit Patidar, 13, berasal dari India berkata keadaan fizikal tersebut menyebabkannya sering menjadi mangsa buli dan digelar sebagai monyet. Lalit juga mengakui dia sukar untuk diterima oleh rakan-rakan.

Dengan tangan, muka, kaki dan badan dipenuhi dengan bulu lebat, Lalit merupakan penghidap penyakit Hypertrichosis yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang abnormal.

Walaupun dilahirkan dengan keadaan sedemikian rupa, Lalit tetap mempunyai impian untuk menjadi seorang pegawai polis satu hari nanti.

”Saya dilahirkan dengan bulu yang banyak pada bahagian muka dan ini menjadikan saya individu yang berbeza.

”Kadang-kadang saya cuma berharap saya dilahirkan normal seperti kanak-kanak yang lain tetapi tiada apa yang saya mampu lakukan.

”Saya perlu membiasakan diri dan saya kini sudah semakin selesa dengan keadaan fizikal saya,” kata Lalit.

Parvatibai Patidar, 42, ibu kepada Lalit mengakui terkejut dengan keadaan Lalit ketika dia dilahirkan ke dunia.

”Saya cuma dibenarkan melihat Lalit selepas setengah jam dia dilahirkan dan terkejut melihat fizikal anak saya yang ditumbuhi rambut diseluruh badan.

”Kami kemudian membawa Lalit berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk membuang semua lebihan rambut tersebut, bagaimanapun kami dimaklumkan tiada rawatan untuk penyakit ini.

”Lalit memang berbeza, tetapi dia tetap istimewa buat kami,” katanya.

Walaupun sudah dapat membiasakan diri, namun Lalit tetap berhadapan dengan kesukaran untuk menjalai kehidupan setiap hari termasuklah lebihan rambut tersebut menyukarkannya untuk bernafas, bercakap dan melihat.

Llait juga sering menjadi perhatian orang ramai apabila berada di tempat awam.

”Kadang-kadang ketika berada di kawasan bandar, saya diperhatikan oleh orang ramai dan diejek sebagai monyet. Lebih teruk, sehingga di baling batu.

”Mujurlah ada keluarga yang datang melindungi saya ketika saya berhadapan dengan kesusahan,” kata Lalit.

Lalit berharap suatu hari nanti ada sinar baru buatnya dan dia dapat kembali berkawan dengan semua orang tanpa ada yang perlu menghina penampilan fiizkalnya.

Sumber: SIAKAP KELI

1