Budak 6 Tahun Tak Sampai Hati Nak Main, Lagi Rela Bantu Ibu Bapa Dari Bermain

Budak 6 Tahun Tak Sampai Hati Nak Main, Lagi Rela Bantu Ibu Bapa Dari Bermain

Budak Berumur 6 Tahun Ini Tak mau main gajet, Nak Tolong Masak, Iron Baju, Jaga Adik.. Siapa Sangka Inilah Yang Dilakukan Oleh Ayahnya!! | Saban hari, kita dihidangkan dengan pelbagai kisah dan berita tentang penggunaan gajet yang melampau terhadap masyarakat, terutamanya golongan anak kecil.

Lebih membimbangkan, segelintir kanak-kanak ini mula mengalami kerosakan organ mata dan kondisi teruk berkaitan kesihatan akibat penggunaan gajet secara berlebihan.

Namun lain pula kisahnya apabila obsesi terhadap gajet tidak dialami langsung oleh kanak-kanak berusia 6 tahun ini.

Tak mau main gajet.. nak tolong masak, iron baju, jaga adik

Gelagat Mikail yang sedang menyuapkan adiknya makan

Menurut bapa saudara kepada kanak-kanak bernama Mikail Harith ini, dia menceritakan bahawa anak saudaranya itu tidak diajar untuk memegang telefon atau gajet lain samasa dari kecil.

Disebabkan itu, dia membesar dengan meneroka kehidupan sekelilingnya seperti cara orang kampung.

Ayah dia suka bawak pergi camping, mancing, macam budak2 kampung

Bukan saja pandai membuat kerja-kerja kampung, namun Mikail juga mempunyai sikap seperti orang dewasa daripada segi makan.

Menurut lelaki ini, anak saudaranya itu sangat menggemari kuih tradisional malah bijak membeli barang masakan di kedai seorang diri.

Kadang2 balik sekolah beli rempah kunyit hahaha

Wujudnya lagi spesies kanak-kanak seperti Mikail pada masa kini sememangnya merupakan satu perkara yang luar biasa.

Tak ramai kanak-kanak seusianya yang berminat melakukan kerja-kerja orang dewasa tanpa sebarang keseronokan dengan permainan gajet.

Kisah Mikail ini telah mendapat perhatian kebanyakkan pengguna di Twitter. Di ruangan komen, ramai yang memuji kanak-kanak ini di samping mengagumi cara didikan ibu bapanya.

Hebat Didikan IbU Bapa

Dik, semoga Allah lindungi dr kejahatan.. semoga terpelihara

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Sumber: INFORMASI TRENDING

7