Budak Ini Melindungi Ibu Kucing Yang Nak Beranak Daripada Angin Dan Hujan

Budak Ini Melindungi Ibu Kucing Yang Nak Beranak Daripada Angin Dan Hujan

Taufan Egay telah membadai Manila Bay di Filipina dengan hujan lebat dan angin kencang pada tahun 2015, dan kisah budak lelaki ini dengan kemuliaan hatinya masih segar dalam ingatan. Ketika taufan itu sedang melanda, budak lelaki ini tidak berganjak dalam keadaan basah dan lencun berada di tepi pantai demi menyelamatkan seekor ibu kucing yang akan melahirkan anaknya.

Ketika budak lelaki ini berdiri di tepi pemecah ombak, dia yang hanya memakai singlet berwarna biru muda dan berseluar pendek kuning telah mengambil sehelai plastik besar dan melindungi ibu kucing yang sedang melahirkan anaknya di atas tembok penghalang ombak yang beralas papan lapis. Tujuannya bagi memastikan ibu kucing itu tidak dibasahi hujan.

Menurut seorang wartawan dan jurugambar yang berada di lokasi itu, Linus Escandor, tindakan mulia budak lelaki ini telah menyentuh hatinya lalu dia telah merakamkan kejadian itu di tengah-tengah hujan lebat dan taufan Egay yang melanda ibu negara Filipina pada tahun 2015.

Musim monsun yang tiba telah menyebabkan Marina Bay sering kali dibadai dengan taufan, tetapi budak lelaki ini seakan sudah biasa dan tidak menghiraukan keselamatannya apabila melihat seekor ibu kucing bunting yang akan melahirkan anaknya.

Budak lelaki ini yang tidak diketahui namanya dengan tangkas mencapai sehelai plastik yang besar lalu melindungi ibu kucing yang sedang melahirkan anak-anak kucing yang comel. Manakala dirinya dibiarkan basah dan lencun dengan air hujan, ombak yang menghempas dan angin yang bertiup kencang.

Di tengah-tengah taufan yang membadai, seorang budak lelaki dengan berani telah bertindak melindungi seekor kucing jalanan dan anak-anaknya daripada dibasahi hujan yang lebat.

Setelah ibu kucing jalanan ini selamat melahirkan anak-anaknya, mereka telah diselamatkan dan dibawa ke rumah perlindungan haiwan.

Mungkin sikap budak ini datang secara semula jadi hasil ajaran ibu bapanya. Akan tetapi, dengan keikhlasan serta kebaikan hatinya menunjukkan perasaan belas kasihan telah membantu ibu kucing ini mengharungi badai taufan sehingga selamat melahirkan anak-anaknya. Sikap budak ini yang berani lagi mulia telah membantu orang lain untuk mempercayai kembali akan nilai diri dan sifat kemanusiaan.

Sumber : ERA BARU

1