Budak Manalah Yang Sanggup Tinggal Kucing Di Kubur Ni?

Budak Manalah Yang Sanggup Tinggal Kucing Di Kubur Ni?

Okay aku ni  adalah seorang pencinta kucing yang sangat2 tegar. kucing ni pembawa rezeki, periang rumah even dorang berlari sampai atas muka aku layankan je. dah macam adik2 aku dah semua. kucing2 yang aku jaga tak terkira lah berapa banyak, cuma yang aku betul2 jaga n sayang sangat akan bagi hint sebelum dorang meninggal. selebihnya mak aku tengokkan.

masa aku sekolah aku ada bela ibu kucing dengan anak2 dia masih kecik. semua letak dalam sangkar. tapi si ibu ni jenis tak suka duduk dalam sangkar. dia akan gigit leher anak dia untuk bawak lari tempat lain. orang yang jaga kucing tahu lah camana cara ibu dia bawak anak dia tu. tapi ibu ni jenis ganas. sampai berlubang kot leher anak dia tu dia gigit. aku kesian aku keluarkan yang leher dah berlubang tu dari sangkar. aku tahu umur dia tak panjang. aku jaga dia. aku sapu ubat. letak minyak even leher dia tu dah nampak isi dalam. lepastu aku tidurkan dalam kotak dalam bilik aku. aku bawak dia jumpa ibu time nak menyusu je.

satu malam tu aku mimpi dia sihat siap boleh berjalan. aku mimpi masatu aku tengah tidur atas katil, dia panjat katil aku tidur celah ketiak aku. subuh tu mak aku kejut aku cakap anak kucing takda dalam kotak. aku yang tengah mamai cakap kat mak aku yang kucing tu ada kat sebelah aku. bila aku raba tak ada. terus aku bangun cari anak kucing tu. satu rumah. mustahil dia boleh jalan sebab dia dah nyawa2 ikan. rupanya ibu dia tengah makan dia kat dalam almari pakaian mak aku! korang faham tak perasaan aku masatu? sambil menangis aku kutip satu2 kepala dia, tangan dia, kaki dia. Allah, rupanya mimpi tu nak bagitahu aku yang dia dah nak pergi selamanya.

satu lagi aku dapat hint kucing aku nak mati bila dia manja sangat dengan aku. tapi masatu aku angin tak elok. aku malas layan dia. aku marah2 dia. tapi lepastu aku mintak maaf balik dengan dia ok. esoknya dia hilang. taktahu kat mana. anak sedara aku jumpa dia mati kat belakang rumah. sedihnya kenapa aku tak perasan dari awal semua tu.

dulu mak aku ada bela banyak sangat anak2 kucing. semua comel2. 4 beradik tak silap aku. sekor mati. ok nak cerita pasal 3 yang lain. memang mak aku sayang sangat2 yang tu. dalam beberapa hari berturut2 kucing aku semua tu hilang. kitorang dah pelik camana boleh hilang sedangkan kalau dorang merayap pun petang mesti balik. so lama jugak lah dia hilang. tak dapat dikesan terus. kalau mati mesti ada bangkai.

tergerak hati nak tanya orang depan punya jiran. aku dengan jiran depan ni tak berapa ngam sangat. sebab aku tahu dia ni hati busuk. taksuka kucing. tapi anak orang sebelah rumah dia tu suka kucing. aku pun tanya budak tu ada nampak tak kucing2 aku. sebab budak tu selalu jugak la datang umah aku main kucing. korang tahu jawapan dia apa? dia kata orang depan rumah aku tu buang kucing aku kat kubur! dah lepastu tonyoh plak kepala kucing aku tu. ya Allah kalau ikut hati aku nak g je sound orang2 depan ni. esoknya aku pergi kubur cari kucing2 aku tapi dah tak jumpa. aku rasa mungkin dah kena makan dek khinzir sebab kubur tu kawasan hutan.

orang takde otak je buang kucing kat kubur. kalau ye pun nak buang sangat letak lah kat kedai makan sekurangnya kucing aku tak kebulur. memang lah kucing aku suka berjalan2 sampai kerumah dia. tapi kalau letak balik kat rumah aku apa salahnya. tak luak sikit pun. depa memang dengki dengan family aku. sebab tu kucing2 aku dorang buang. kucing jalanan yang lalu kat rumah dia tu taknak buang plak? so lepas kes tu, semua kucing2 aku , aku slowtalk pesan kat masing2 jangan pi umah depan kalau taknak jadi arwah.

ni nasihat aku kt orang yang tak suka dengan kucing ke apa, jangan lah korang jadi macam orang depan rumah aku ni. kalau ye pun jijik sangat dengan kucing yang tiba2 pergi rumah korang, korang pakai glove angkat dia letak kat luar. takpun cakap dengan dorang jangan masuk rumah korang. kut2 la korang takut kucing ni nak ambik duit korang ke, kut2 makanan kat rumah korang luak ke apa tak cukup nak bagi family korang makan kan.. taktahu lah aku apa fikiran orang yang tak suka kucing ni. kucing ni lagi cerdik dari orang yang tak suka dia tau.

Sumber: IIUMC

1