Budak Perempuan Di Se Rang Singa Apabila Berdiri Berhampiran Pagar

Budak Perempuan Di Se Rang Singa Apabila Berdiri Berhampiran Pagar

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun berada dalam keadaan kriiitikal selepas singa mengo yakkan kepalanya kerana berdiri berhampiran dengan pagar.

Kejadian itu berlaku di ladang singa di Afrika Selatan. Keluarga kanak-kanak itu telah diberitahu untuk tidak berdiri terlalu hampir dengan pagar sebelum singa betina menyer angnya.

Dina-Marie de Beer sedang berada dalam keadaan koma akibat kejadian itu dan berada dalam pemantauan doktor. Semasa kejadian itu berlaku, Dina terus diterbangkan menggunakan helikopter menuju ke hospital. Dilaporkan sebahagian daripada tempurung lepalanya terpaksa dibuang bagi mengurangkan tekanan pada otak.

Dia dan keluarganya telah melawat Ladang Singa Weltevrede di Heilbron pada hari Ahad dalam perjalanan pulang dari percutian mereka sekeluarga. Mereka sekadar merancang untuk memegang anak singa sahaja namun kejadian sebaliknya berlaku.

Pengurus ladang, Charlene van Wyk menyeru orang ramai yang datang melawat ke ladang itu untuk mematuhi arahan yang diberikan dan sentiasa mendengar apa arahan yang disampaikan oleh pemandu pelancong jika tidak ingin sebarang kejadian lain yang berlaku.

Sumber: SIAKAP KELI

1