Burung Ini Tertidur Ketika Sedang Terbang

Burung Ini Tertidur Ketika Sedang Terbang

Anda tentu pernah melihat burung terbang kan. Terapung di udara dengan kepak terbuka serta kaki berjuntaian ke bawah.

Tetapi kami yakin, anda tentu tidak pernah melihat seekor burung terbang terbalik dan kelihatan santai sehingga dianggap sebagai ‘Burung Paling Bahagia Di Dunia’.

Gambar unik ini diambil oleh seorang jurugambar hidupan liar, Karen Munro di pulau kecil, Pulau Stoma di Scotland. Gambar itu kemudian dikongsi di media sosial dan pantas mendapat reaksi daripada netizen.

Menurut Munro, dia pada awalnya tidak menyedari telah mengambil gambar unik demikian sehinggalah apabila dia pulang dan meneliti gambar-gambar dalam kameranya.

Ujar Muro lagi, dia ketawa apabila melihat gambar tersebut kerana mendapati burung fulmar berkenaan seolah-olah sedang tersenyum dan menikmati alam sekeliling.

Malah, burung fulmar berkenaan persis seperti model yang sedang menggayakan iklan syampu rambut.

Bagaimana pun, menurut komen yang ditinggalkan oleh seorang netizen, tindakkan burung fulmar berkenaan terbang secara terbalik adalah perkara normal bagi mengeringkan bulunya.

Sumber: SIAKAP KELI

1