Cara Untuk Bersihkan Telinga Kucing Dengan Betul

Cara Untuk Bersihkan Telinga Kucing Dengan Betul

Menjaga kebersihan telinga kucing kesayangan anda adalah satu perkara yang sangat penting walaupun ada sesetengah pemilik kucing menganggap perkara ini agak remeh.

Jika anda sering terlihat kucing kesayangan anda menggaru-garu telinganya, dan jika di lihat di dalam telinga kucing anda itu terdapat hitam-hitam, lazimnya ini membawa maksud telinganya ada “ear mite”, yang mana jika ianya dibiarkan, lambat laun ia akan menjadi kurap telinga. Cuping telinga kucing anda juga akan berubah menjadi keras.

Menurut pakar, aural hematoma atau hematoma telinga antara penyakit yang boleh menyerang kucing peliharaan anda sekiranya aspek penjagaan kebersihan telinga ini diabaikan.

Hematoma telinga merupakan pengumpulan cecair atau darah akibat kebocoran saluran darah pada cuping telinga. Cairan ini terperangkap antara kulit dan tulang rawan telinga.

Jika kucing kesayangan anda kerap menggaru atau menggoncangkan kepalanya dengan terlalu ekstrem dan kuat yang mana sehingga menyebabkan pecahan pada salur darah, penyakit ini pasti dengan pantas akan menyerang kucing anda.

Jika kucing kesayangan anda menunjukkan tanda-tanda seperti ini, maka segeralah membawanya ke klinik veterinar yang berhampiran. Kegagalan mendapatkan rawatan segera akan menyebabkan kucing anda mengalami kecacatan seumur hidup yang dikenali sebagai telinga kobis atau cauliflower ear.

Jadi, jika anda suka mengorek telinga dan bau, apa salahnya kebersihan kucing anda itu turut anda titikberatkan juga. Video di bawah ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam proses membersihkan telinga kucing kesayangan anda.

 

2